Bapa Angkat Rogol Remaja 14 tahun Hingga Hamil

Share This:

SEJAK kebelakangan ini kisah haruan makan anak semakin berleluasa seolah-olah keimanan dan nilai murni telah diketepikan sama sekali.

Seorang lelaki berusia 54 tahun direman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak angkatnya dalam kejadian Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun itu ditinggalkan bersama suspek yang merupakan penjaganya sejak berusia sembilan tahun.

Menurutnya, akibat dirogol, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini itu hamil dan usia kandungannya dianggarkan berusia enam bulan.

Katanya, ibu mangsa berusia 35 tahun yang kini menetap di Perak membuat laporan polis berhubung kejadian dan dia kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya.

“Suspek juga difahamkan mempunyai pertalian dengannya iaitu pakcik saudara ibu mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Saifi berkata, suspek direman sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Pihak yang bersalah perlu dihukum seberat-beratnya bagi memberi kesedaran kepada mereka yang lain.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*