Akhirnya Siti Kassim Sudah Boleh Tidur Lena

Share This:

Berita mengenai seorang aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim yang menerima ugutan memenggal kepala, rogol dan disimbah asid, cukup hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Rata-rata komen di media sosial menjadikan kebimbangan Siti Kassim akan dirogol oleh individu yang mengugutnya sebagai bahan lawak jenaka berbanding simpati. Dalam beberapa reaksi, Siti Kassim dilihat hanya pasrah dan lebih berminat berdiam diri sambil menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Akhirnya, memetik laporan The Star hari ini, pihak polis telah mengesahkan bahawa perlaku ugutan terhadap Siti Kassim berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan berkenaan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengesahkan bahawa tertuduh telah ditahan pada malam Selasa untuk membantu kes berkenaan.

Pada masa yang sama, Siti Kassim juga telah berkongsi berita penahanan tersebut melalui laman Facebooknya pada hari Rabu lalu. Selain daripada itu, Siti Kassim juga menambah bahawa suspek yang ditahan akan direman untuk tempoh tiga hari.

Bersandarkan kepada laporan dan status yang dimuat naik oleh Siti Kassim, nampaknya Siti Kassim sudah boleh tidur dengan lena tanpa perlu risaukan sesiapa pun yang mahu memenggal kepala, merogol dan menymbah asid kemukanya.

Mungkin juga selepas ini, Siti Kassim sudah boleh memulakan semula aktiviti kemanusiaannya dalam memperjuangkan hak LGBT serta mungkin akan tampil dengan lebih “daring” lagi sambil mempersendakan kalimah Allah di bajunya.

Apapun, siasatan sudah dimulakan dan terserahlah kepada pihak berkuasa samada mahu mendakwa suspek yang kononnya dikenali sebagai “ayahanda” dalam satu pertubuhan ataupun tidak. Biar undang-undang yang menentukan kebenaran disebalik kisah ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*