Abil Stres Dengan Pendatang Baru Tapi Lain Pula Kata Amy Mastura

Share This:

Abil atau Nabila Huda jelas kecewa dengan pendatang baru dalam dunia lakonan yang disifatkannya bagaikan cendawan tumbuh.





Memetik mStar Online, Abil mendakwa lambakan pelakon baru tiada kualiti tapi mahu bayaran mahal menjurus kepada kegagalan mereka untuk kekal lama dalam industri.

“Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka,” ujarnya kepada mStar Online. 


Tambahnya, dia hanya menerima bayaran RM600 ketika mula-mula menceburkan diri dalam industri.

“Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita.

“Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita,” ujarnya.



Foto: IG Nabila Huda



Dalam masa sama, Abil bersedia digandingkan dengan pelakon baru yang berbakat.

“Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya?.

“Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman,” ujarnya.


Sementara itu, pelakon dan penyanyi Amy Mastura pula berfikiran sebaliknya apabila memuji pendatang baru dalam industri seni tanah air.



“Saya suka berlakon dengan pendatang baru. Lebih-lebih lagu buat mereka yang cukup bersungguh-sungguh untuk belajar. Tak malu bertanya. Mereka juga tidak persiakan peluang yang diberikan. ‘Tabik spring’ buat mereka.

“Ada yang berlakon bagus dan ada juga penyanyi baru yang hebat,” luah Amy kepada Sinar Harian.


Dalam masa sama, Amy turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam industri.

“Jangan anggap orang baru ini datang dunia seni dengan ‘kosong’. Ya, mereka mungkin kurang pengalaman. Namun, sebilangannya ada pengetahuan yang tinggi.

“Bagi muka baru yang betul-betul hadir dalam industri untuk belajar dan mengutip pengalaman, saya cukup hormati dan alu-alukan kehadiran mereka dalam seni,” katanya.



Foto: IG Amy Mastura



Bagaimana pula anda menilai bakat pendatang baru dalam dunia seni nyanyian mahupun lakonan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*