YB Blok Pembangkang Hanya Bazir Undi Rakyat

Share This:

Kalau di Parlimen, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan bersuara berkenaan apa yang perlu di kawasan yang diwakili untuk pembangunan ketika berbahas seperti yang sentiasa dilakukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, ia amat berbeza di blok Ahli Parlimen pembangkang kerana mereka hanya dilihat memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin negara tanpa mempedulikan kawasan mereka.

Oleh itu, mereka wajar dikatakan telah membazirkan undi rakyat kepada mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas.

Kita bagi dua contoh, iaith Pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menang di Parlimen Gelang Patah mewakili DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili penduduk di Permatang Pauh.

Sejak menang pada PRU13, kelibat Kit Siang langsung tidak kelihatan di kawasan beliau dan pejabat khidmat YB Ahli Parlimen di Gelang Patah juga tidak ada orang.

Kehilangan Kit Siang itu begitu dirasai sampai orang di sana buat poster dan tampal di sekitar kawasan Parlimen berkenaan untuk mencari di mana YB Ahli Parlimen mereka.

Kemudian, di Permatang Pauh, walaupun Wan Azizah orang Pulau Pinang ramai orang di sana merungut bahawa beliau tidak turun padang pun menjenguk keperluan rakyat.

Sebaliknya hanya membuat “bising” di Parlimen mencela kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para Menteri Kabinet.

Agak mengejutkan di kawasan Wan Azizah ada ramai lagi penduduk yang tidak mendapat bekalan air bersih dan elektrik walaupun di tengah-tengah kemajuan.

Selain itu, Yb pembangkang yang lain sibuk pula buat cerita bohong, dan fitnah walaupun masalah sudah disiasat dan mendapat keputusan tetapi masih tidak berpuas hati kerana ada nafsu jahat politik menguasai diri mereka.

Ini berkenaan insiden mereka mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang menolak soalan-soalan untuk jawab lisan mereka berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Siasatan sudah dimuktamadkan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut ada wakil Ahli Parlimen pembangkang di dalamnya sekali.

Kenapa mereka tutup mata pada hasil siasatan rasmi tapi hendak menggunakan mulut jahat mereka buat kacau dalam sidang Dewan Rakyat.

Pengundi, usah lagi membazirkan undi anda pada PRU ke-14 nanti kerana ia akan menyebabkan suasana Parlimen kita akan lebih rendah martabatnya di mata rakyat Malaysia dan di dunia. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*