Tinggal Di Rumah Idaman Ada Penunggu

Share This:

Aku Sha seorang suri rumah dan mempunyai sepasang anak kembar. Ketika aku baru berkahwin, aku dan suamiku telah pun membeli sebuah rumah idaman kami di Muar, Johor. Pada mulanya rumah tu nampak normal bagi aku dan tak ada apa-apa pon yang nampak pelik atau tak kena pon yang aku tengok.

Jadi, masa kami mula-mula berpindah ke rumah tu, aku perasan yang kucing kami mula berperangai pelik, dia selalu je pandang ke siling dan selalu nampak tak senang duduk. Pada mulanya aku fikir tu mungkin sebab dia tak biasa lagi di tempat baru, so aku pon takda la pikir yang bukan-bukan. Tak lama selepas kami berpindah aku disahkan di sahkan hamil 2 minggu hihi.

Dan bermula lah satu kejadian pelik berlaku pada aku. Semasa aku mengemas di tingkat bawah, aku tetiba terdengar bunyi tapak kaki bermundar-mandir di tingkat atas. Aku pun memberanikan diri pi tengok siapa kat atas tapi takda sesiapa pon aku tengok. Aku fikir tu mungkin perasaan aku je, jadi aku cuba abaikan.

Dan ada satu hari tu ketika aku sedang menuruni tangga dan tinggal lagi dua step, tiba-tiba aku aku terasa seperti ditolak seseorang. Aku pon terjatuh dan mengalami pendarahan. Panik jugak la aku masa tu. Aku cepat-cepat panggil suami aku yang masa tu tengah basuh kereta kat luar. Dalam panik tu sempat jugak la aku pandang ke tangga kot-kot ada orang kat tangga tu tapi tiada.

Jadi bila suami aku tengok aku dah bleeding dia pon cepat-cepat hantar pergi hospital. Syukur la kandungan aku masih dapat diselamatkan. 2 minggu aku kena tahan di wad sebelum dibenarkan pulang. Tapi doktor nasihatkan aku banyakkan rehat dan jangan banyak bergerak or buat kerja. So bila balik je ke rumah, aku banyak berbaring je di dalam bilik sementara kerja rumah suami yang uruskan hihi.

Beberapa hari selepas tu bila suami aku keluar pergi kerja, tinggal la aku sensorang kat rumah. Baring je sampai tertidur. Tak lama lepas tu aku terjaga, sebab aku terdengar sesuatu mengetuk pintu bilik aku. (btw masa tu pintu bilik aku di biarkan terbuka supaya senang aku nak melihat kalau ada orang dlm rumah)

Dan aku tiba-tiba aku ternampak satu bayangan hitam berdiri dekat pintu. Aku pun tutup mata rapat-rapat dan cuba baca apa yang patut sepenuh hati. Syukur la bila aku buka mata je “benda” tu terus hilang dari situ, tapi masih aku terasa seakan-akan diperhatikan sesuatu. Disebabkan aku takut sangat tinggal berseorangan, jadi aku call adik aku (Lia) yang kebetulan tinggal tak jauh dari rumah aku. Bila dia sampai je aku terus cerita apa yang berlaku. Tapi dia kata mungkin tu semua perasaan aku je. Sebab dia memang kurang percaya dengan benda-benda ni, mungkin sebab tak pernah mengalaminya.

Jadi aku pun mintak la dia untuk temankan aku sampai suami aku balik kerja. Dia pun setuju untuk temankan aku. Lagi pun dia free pada hari tu. Jadi sementara nak tunggu suami aku balik, kitorang pun berborak-borak la sampai terlupa apa yang berlaku tadi. Dalam pukul 7, suami aku pun balik dari kerja, jadi Lia pun minta diri balik ke rumah dia. Aku pun ok kan je sebab dia pun dah temankan aku dari tengah hari tadi.

Tapi bila dia nak balik tu, engine kereta dia plak tetiba tak boleh start padahal sebelum tu elok je. Setelah dicuba beberapa kali, engine kereta dia still tak boleh nak start. Disebabkan tak ada mekanik yang kitorang boleh cari aku masa tu, aku pun offer Lia untuk bermalam je kat sini.

Mula-mula dia memang keberatan tapi setelah dipujuk dia pun setuju. Malam tu sesuatu berlaku pada Lia dalam pukul 2:30 am. Aku dan suami aku terjaga disebabkan kami terdengar jeritan dari bilik Lia. Kitorang pun cepat-cepat ke bilik Lia untuk tanya apa yang berlaku. Aku cuba tenangkan dia yang jelas ketakutan ketika itu. Setelah keadaan semakin tenang, Lia ceritakan apa yg berlaku. Lia kata masa dia tengah sedap tidur, entah macam mana kucing aku boleh masuk dalam bilik dia and tiba-tiba melompat kat badan dia.

Malah, bukan tu saja sebab dia menjerit, tapi dia kata dia ternampak sesuatu bayangan hitam dengan mata yang merah memandang dia kat atas siling katil dia tu.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*