Terserlahnya Kebiadaban Anak Muda Melayu Yang Hilang Jati Diri

Share This:

Melayu, satu nama yang kaum yang menempuh pelbagai onak dan ranjau sepanjang kewujudannya di Wilayah Nusantara. Pelbagai evolusi telah berlaku namun nama Melayu masih kekal bertahan walaupun acapkali cuba dipecahkan perpaduannya oleh banyak pihak yang iri hati terhadap kewujudannya.

Menerusi nama Melayu ini jugalah maka wujudnya United Malay National Organisation (UMNO) yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Maka bermulalah era cara berpolitik cara moden diamalkan oleh kaum Melayu yang turut sama disertai oleh kaum Cina menerusi MCA dan kaum India menerusi MIC.

Kesedaran akan keperluan politik menyaksikan beberapa parti turut ditubuhkan seperti DAP, Gerakan, PBB dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya, cara berpolitik Malaysia ini cukup unik kerana ianya melibatkan pelbagai kaum yang ada di negara ini. Malah, seperti wujud satu persefahaman, tidak pernah walau satu parti pun melancarkan apa jua serangan keatas pejabat parti masing-masing.

Seperti menghormati rumah masing-masing, semua pihak tidak mengganggu rumah masing samada dipihak kerajaan mahupun pembangkang. Namun, tradisi ini semalam telah berjaya dipecahkan oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertindak menyerang ibu pejabat UMNO di PWTC dengan alasan mahu menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd najib Tun Abdul Razak untuk satu program Nothing to Hide 2.

Di pihak PPBM, mereka mendakwa hanya mahu menghanntar surat jemputan tetapi kedatangan mereka diiringi oleh kira-kira 50 orang dengan membawa playcard provokasi. Tidak cukup dengan itu, mereka seolah-olah ingin merempuh masuk kedalam PWTC walhal mereka mempunyai cara yang lebih berhemah seperti menghantar e-mail atau setidak-tidaknya faks sahaja surat berkenaan.

Melihat kepada apa yang berlaku semalam, nampaknya, anak muda Melayu yang mewakili Armada ini sudah hilang pertimbangan dan rasional dalam berpolitik. Bayangkan, musuh ketat UMNO seperti DAP yang mempunyai sayap mudanya, DAPSY, PKR menerusi AMK, PAN melalui Pemuda PAN dan PAS melalui Pemuda PAS, tidak pernah sebiadab itu menyerbu ibu pejabat UMNO walau apa jua alasan yang diberi.

Namun, bagi Armada, matlamat menghalalkan apa jua cara walaupun tindakan mereka yang ingin merempuh “rumah” orang itu disifatkan oleh ramai pihak sebagai satu tindakan biadab dan tidak masuk akal. Di mana hilangnya tradisi saling hormat menghormati tidak kira apa jua alasannya? Adakah dengan merempuh seperti ini disifatkan sebagai politik matang ajaran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad?

Lebih mendukacitakan adalah mereka yang hadir semalam kesemuanya adalah anak muda Melayu. Secara kebetulan pula sayap Pemuda UMNO turut menanti kehadiran Armada untuk mempertahankan rumah mereka. Adakah ini bayangan terhadap pemimpin pelapis dari kaum Melayu pada masa akan datang?

Walaupun negara pernah berhadapan dengan detik hitam 13 Mei 1969, tidak pula pada ketika itu DAP menyerang ibu pejabat UMNO. Malah, ketika Datuk Seri Anwar disumbat kedalam penjara atas kesalahan seksualnya, tidak pula AMK menyerang pejabat UMNO secara terbuka. Di mana maruah dan akal Armada ini? Nampaknya, memang betullah Armada ini adalah kelompok anak Melayu yang dpergunakan DAP.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*