Rupanya, Masih Ada Ahli UMNO Yang Benak Tentang GST

Share This:

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) baru sahaja mencecah angka dua tahun sejak ianya dilaksanakan pada 1 April 2015. Walaupun pada hakikatnya cukai ini adalah satu cukai yang lebih efisyen, komprehensif dan lebih tersusun, namun ianya berterusan dijadikan bahan politik murahan pembangkang. Malah, ada diantara rakyat Malaysia masih tidak faham kemana perginya hasil kutipan GST berkenaan.

Secara amnya, jika dinilai dari segi jumlah cukai yang dikenakan, GST hanya mengenakan cukai sebanyak 6 peratus sahaja terhadap barangan terpilih. Malah barangan asas seperti beras, tepung, ikan dan lain-lain lagi tidak dikenakan caj GST bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat terutamanya untuk membeli barangan makanan dan bekalan asas.

Berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), caj yang dikenakan adalah sebanyak 10 peratus keatas cukai jualan dan 5 peratus keatas cukai perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah cukai yang harus dibayar oleh pengguna terhadap semua barang tanpa mengira barangan asas mahupun tidak berjumlah 15 peratus. Ingin ditanyakan, yang mana lebih tinggi antara 6 peratus dan 15 peratus?

Apa yang menarik untuk diulas adalah bagaimana masih terdapat beberapa orang ahli UMNO yang boleh mempersoalkan kemana tujunya wang hasil kutipan GST. Sepanjang dua tahun perlaksanaan GST, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa mengumumkan jumlah hasil kutipan GST sepanjang tahun sejak perlaksanaannya.

Sebagai contoh, jumlah kutipan GST untuk sepanjang tahun lalu dianggarkan lebih kurang RM 38 bilion di mana wang berkenaan dibelanjakan keatas segala pembangunan infrastruktur dan kemudahan buat rakyat. Ingin ditanyakan kepada beberapa orang ini, adakah kemudahan yang kita nikmati hari ini bukannya hasil daripada kutipan GST?

Adakah setiap helai wang yang dipungut oleh kerajaan menerusi caj GST ini harus diumumkan setiap hari? Mungkin ahli UMNO berkenaan tidak mengikuti pembentangan Bajet yang dilakukan oleh Perdana Menteri sejak dua tahun kebelakangan ini. Maka disitulah jawapan kepada semua persoalan mereka mengenai GST. Kemana mereka sewaktu pembentangan Bajet berkenaan?

Mengulas mengenai kenaikan tol yang dijangka berkuatkuasa hari ini, ianya terletak kepada pemilik konsesi lebuh raya itu sendiri. Selain PLUS dan ELITE, kesemua lebuh raya ini dimiliki oleh syarikat swasta di mana mereka sendiri menentukan samada ingin menaikkan kadar tol atau sebaliknya.

Lebuh-lebuh raya seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) secara amnya milik swasta, bukannya dibawah seliaan kerajaan.

Justeru, apa yang ingin dipersoalkan kepada dua orang ahli UMNO berkenaan, adakah kenaikan tol di lebuh-lebuh raya ini turut sama membabitkan kerajaan sedangkan mereka mempunyai Board of Director sendiri sesuai dengan status pemegang konsesi berkenaan yang bukan bernaung atau tertakluk kepada kerajaan?

Sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, mereka wajar mengkaji dahulu dudk sebenar perkara. Dengan melemparkan tuduhan melulu seperti yang terkandung di sebuah laman blog, https://suarakami14.blogspot.my/2017/07/ahli-umno-tanya-najib-mana-pergi-duit.html?m=1. iaanya bukan jaminan untuk menyelesaikan masalah.

Sebaliknya ia lebih kepada menimbulkan kekusutan yang sememangnya telah ada sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Memang cukup menghairankan bagaimana mereka yang berjawatan seperti Ketua Pemuda ini tidak memahami keadaan sebenar sehingga begitu mudah menanyakan soalan yang telah sekian lama telah dijawab oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri sendiri?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*