Rafizi Labelkan Pemandu Teksi Sebagai HAMBA

Share This:

Pembohongan Rafizi berterusan lagi, pada kali ini dia memutar belitkan cerita berkaitan perhambaan , dan masalah yang sudah ada jalan peyelesaiannya diambil oleh kerajaan terhadap nasib pemandu teksi diseluruh Negara.

Rata-rata ucapan yang diberikan oleh Rafizi hanya untuk menimbulkan kebencian pemandu teksi terhadap kerajaan. Pada masa yang sama Rafizi terus menyembunyikan fakta-fakta serta langkah yang diambil oleh kerajaan serta program melepaskan pemandu teksi  dari kekangan sewaan dan pajakan.

Memang dasar pembangkang dan pemfitnah antarabangsa , sudah pastinya Rafizi terus memutar belitkan cerita dan bercerita seolah-olah kerajaan tidak  langsung ada idea untuk menaiktaraf pemandu teksi.’

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM150juta hanya untuk memastikan  pemandu teksi  melepaskan diri dari bebanan yang ditanggung selama ini disamping menyediakan geran sebanyak RM5000 untuk memiliki kereta dijadikan teksi.

Rafizi kata Pemandu teksi terbeban dengan Sewa dan sistem pajak, KENAPA KAMU TAK CERITAKAN PROGRAM TITP? Dibawah ini beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk pemandu teksi.

Tetapi apa yang mendukacitakan ialah sambutan dikalangan pemandu teksi amat kurang sekali. Mereka lebih suka mendengar cerita luar dari terus merebut peluang yang ditawarkan. Berbagai alasan diberikan oleh mereka sedangkan pada masa yang sama pemandu lain terus  menikmati  peluang yang ditawarkan.

Peruntukan kerajaan

Sedangkan kerajaan melalui program TITP bersama SPAD telah mengeluarkan peruntukan RM150juta dan memberi peluang kepada pemandu yang meyewa dan memajak teksi mempunyai permit pengendali sendiri dengan geran RM5000 untuk memiliki sebuah teksi sendiri.

Apakah Program TITP?

Program TITP adalah bertujuan untuk membawa keluar bebanan tanggungan penyewa teksi dengan membayar sewaan harian dan pajakan daripada individu dan syarikat pajakan dengan memiliki permit dan kenderaan sendiri.

Adakah sudah dilaksanakan program TITP tersebut?

Setakat ini fasa kedua penyerahan permit sendiri telah dilakukan. Difahamkan hampir 14 ribu permohonan diterima oleh SPAD daripada pemandu teksi merebut peluang yang ditawarkan.

Minyak dan Gas

Untuk pengetahuan Rafizi pada kebanyakan teksi menggunakan Gas sebagai bahan api yang jauh lebih murah dari harga minyak. Minyak hanya digunakan apabila waktu kehabisan gas sahaja. Cukup Cukup la berbohongnya..

Perhambaan?

Rafizi dalam sinis melabelkan kerja pemandu teksi yang menyewa atau memajak teksi dari syarikat atau perseorangan adalah sebagai hamba. Melabelkan bekerja berbelas jam untuk membayar sewaan dan pajakan teksi. Ayat Rafizi ini adalah ayat untuk menyalahkan kerajaan yang menjadikan pemandu teksi hamba. Tetapi pernah dia terfikir kenapa dahulu begitu ramai guna teksi dan sekarang kurang. Pernah dia kisahkan pemilikan kereta sendiri dahulu dan sekarang. Ini juga memberi kesan.

Uber dan Grabcar

Untuk bersaing dulu, kerajaan dan SPAD telah melancarkan MyTeksi sebagai persaingan teknologi untuk pemamndu teksi, perkembangan teknologi terus berkembang, Sekang kerajaan terus meningkatkan konsep e hailling kepada pemamdu teksi. Dan satu rang Undang2 akan dibentangkan untuk memastikan pemandu teksi mempunyai persaingan yang sihat.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemandu Teksi?

Keluar dan rebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan dan SPAD dalam usaha menolak bebanan sewaan dan sistem pajak. Orang lain terus mengambil peluang dan seharusnya pemandu teksi yang lain juga berbuat demikian.

Mendengar dongengan Rafizi, seperti membunuh dan menutup periuk nasik sendiri. Pemandu harus peka untuk terus kehadapan dan bukan mendengar adu domba Rafizi.

Penghinaan Rafizi dan Penipuan maklumat kepada pemamndu teksi.

TETAPI pemandu teksi harus peka untuk mengeluarkan diri dari status HAMBA yang digelar oleh Rafizi dengan menyertai perluang yang ditawarkan oleh kerajaan dan SPAD. Dan bukan mendengar PENIPUAN dan HASUTAN RAFIZI.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*