PAS Optimis RUU355 Akan Dibahaskan Pada Sidang Kali Ini

Share This:

PAS optimis Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) akan dibahaskan pada sidang parlimen yang sedang berlangsung kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiada sebab untuk usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak boleh dibahaskan.

Tambahnya, susunan giliran usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat bukan alasan untuk ia tidak dibahaskan.

“Tidak kisah sama ada nombor 10, atau 17 atau 27 sekalipun sebab bagi kami RUU ini telah dibahas sebahagiannya.

“Jadi ia perlu diberi keutamaan dan kita mengharapkan usul persendirian yang dibawa oleh Marang ini akan dibenarkan untuk dibahaskan terus oleh Ahli-ahli Parlimen lain.

“Dan kami masih lagi optimis bahawa Tan Sri Speaker (Pandikar Amin Mulia) akan memberi kebenaran untuk dibahaskan,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, ketidakhadiran Ahli Parlimen Marang itu tidak menjadi halangan untuk RUU itu dibahaskan.

Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) telah dibacakan pada 6 April 2017 lalu.

Abdul Hadi berjaya membentangkan RUU berkenaan pada 6 April 2017 biarpun ada cubaan mengganggu pembentangan beliau pada masa itu.

Kemudian, apabila Pandikar menangguhkan sidang ketika Ahli Parlimen pembangkang begitu bersemangat hendak berbahas menentang RUU itu, itu mencetuskan kemarahan mereka dengan membuat bising di dalam Dewan Rakyat pada masa itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*