Letak Calon DAP Melayu, Biar Melayu “Screw” Melayu

Share This:

Persoalan ini yang harus dijawab dan difikirkan oleh setiap orang berbangsa Melayu dan apakah tindakan kita  seterusnya., atau kita akan membiarkan diri kita terus digelumangi dengan isu fitnah tanpa kita menyedari bahawa agenda yang lebih penting sedang dirancang oleh DAP.

Mari kita sama-sama merenung di mana kini kita berada. Apabila DAP ditubuh 50 tahun lalu – dan terus menobatkan slogan Malaysian Malaysia yang mana sebagai amanat yang ditanggung  untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan kesamarataan.

Menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), malah membentuk kerajaan adalah impian DAP sekian lamanya. Perkara ini disusuli dengan matlamat untuk memastikan negeri yang berada dibahagian Pantai Barat dikuasai dengan sepenuhnya.

Untuk 50 tahun lamanya. Kini satu persoalan yang harus dijawab DAP? Apakah pembentukan sebuah Negara Malaysian  Malaysia itu hanya retorik politik sahaja tanpa mendatangkan faedah secara keseluruhannya kepada PAP dan DAP?

Melihat kelemahan struktur dan fahaman yang ada didalam DAP, Dap terus mengubah corak dasar politik mereka yang mana pada mulanya bersikap  perkauman dan mengamalkan dasar komunisme  kepada sebuah parti yang diwar-warkan sebagai parti untuk semua kaum.

Perubahan ini hanya untuk mengaburkan mata rakyat Malaysia agar lebih banyak lagi kaum lain  terutama Melayu akan bersama DAP untuk memastikan agenda Malaysian Malaysia  tercapai dengan menggunakan sokongan Melayu.

DAP yang  bermula sebagai sebuah parti untuk satu kaum sahaja dan mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme yang amat kuat. Parti ini hanya milik kaum Cina dan India sahaja. Sudah tentu pada awal penglibatan hanya menumpukan terhadap usaha untuk kaum Cina DAP sahaja dalam Semenanjung Malaysia,

Namun kemudiannya, DAP telah masukkan juga Sabah dan Sarawak untuk mengembangkan dasar penentangan mereka terhadap kerajaan dan melihat  Sabah dan Sarawak adalah sasaran yang amat terbaik untuk memastikan penjarahan khazanah negeri berlaku.

Sebagai sebuah parti perkaum yang sejati, dalam tiga Pilihan raya kecil yang DAP telah bertanding di kubu kuat UMNO untuk mengembangkan pengaruh mereka dikalangan orang Melayu. Dasar kerajaan dikritik dan diasak kedalam minda rakyat sebanyak yang boleh.

Pilihan raya umum pada 1969 adalah julung-julung kalinya DAP bertanding, dan terdapat ramai calon kaum Melayu untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kita menang satu kerusi di Perak oleh Ibrahim Singgeh dan seorang lagi di Negeri Sembilan iaitu kerusi Si Rusa.

Sejarah Pilihan raya kecil pertama yang di tandingi oleh DAP ialah di Kampung Baru. Bayangkan Kampung Baru yang majoritinya kaum Melayu di Kuala Lumpur dan calon UMNO ketika itu ialah Ahmad Razali yang kemudian menyandang jawatan Menteri Besar Selangor pada 1982, dan adik ipar kepada Dr Mahathir Mohamad.

Sasaran pusat Bandar adalah sememangnya strategi DAP untuk memastikan  kawasan tersebut akan dapat dimonopoli jika kemenangan dapat dikecapi. Banyak pusat Bandar telah menjadi sasaran DAP. Dengan tidak secara langsung kuasa penentu ekonomi setempat berada didalam tangan mereka.

Oleh kerana  pengalaman pertama di Kampung Baru , DAP telah gagal , Pada Pilihan raya kecil kedua ialah di Tampoi, Johor DAP telah berjaya  membawa seorang Melayu yang bernama Daeng Ibrahim sebagai calon.

Maka disni bermulanya penglibatan Melayu dalam sebuah parti perkauman yang terbesar dalam Negara ini disertai oleh orang Melayu. Dan ketiga di Segamat Utara, juga di Johor dengan calon UMNO ketika itu ialah Musa Hitam yang kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga kini DAP terus menggunakan Melayu  untuk bertanding di kawasan UMNO kerana mereka percaya dalam perjuangan dan memenangi hati dan minda semua rakyat Malaysia kekalahan itu tidak menjadi alasan bagi mereka.

Perkara yang paling penting sekali sedikit sebanyak akan dapat mengembangkan dasar penentangan dikalangan orang Melayu  terhadap kerajaan dengan isu-isu propanganda yang ditebarkan.  Sementelah mereka melihat  sikap hasad dengki dikalangan orang Melayu  amat tebal sesama mereka.

DAP melihat jawatan dan imbuhan adalah kelemahan yang amat ketara dikalangan ahli politik “lalang” dikalangan orang Melayu, Jadi dengan kelemahan itu DAP tidak sayang untuk memberikan apa yang mereka mahukan.

DAP amat sedar bahawa kemenangan itu tidak mudah memandangkan sikap nasionalis orang Melayu pada masa itu masih menebal. Cara terbaiknya ialah dengan mencipta persepsi dan propaganda untuk melemahkan semangat yang ada dijiwa Melayu.

Hakikat yang utama ialah bagaimana DAP akan dapat menggunakan  orang Melayu dan memecah belahkan mereka dari UMNO seterusnya akan menyerang UMNO kembali demi untuk mencapai hasrat yang telah lama terpendam sejak 1965 lagi.

Dalam suasana politik Malaysia yang didominasi dengan politik perkaum, diikuti politik  agama, dan politik kelas ketiga, dan itu salah satu sebab mengapa Parti Pakatan Harapan  tidak berjaya melakukan impak besar dalam politik di Malaysia, walaupun hakikatnya ia dipimpin oleh golongan intelektual Melayu dan ahli politik yang berpengalaman.

 

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*