Kantoi! Cubaan Daesh Menipu Polis Gagal

Share This:

Usaha beberapa anggota Daish menyamar sebagai wanita gagal selepas polis dapat menghidu taktik mereka itu kerana mereka terlupakan sesuatu yang sangat penting. Apa itu?

 
Ya, janggut! Mereka terlupa mencukur janggut dan misai mereka.
 
Memetik The sun, salah seorang daripada mereka dilihat cuba menyamar sebagai wanita dengan mengenakan mekap yang sangat mencolok mata serta tudung dan hasilnya sagat ‘melucukan’ kerana dia terlupa mencukur janggut dan misainya memudahkan penyamarannya terbongkar.
 
 
 
Memetik portal Metro.uk, beberapa gambar lain dilaporkan disebarkan oleh tentera Iraq sendiri dengan mendakwa anggota Daish terbabit terdesak melarikan diri berikutan kejatuhan kubu kuat kumpulan berkenaan di Mosul.
 
 
 
Tidak jelas sekiranya semua gambar berkenaan dirakam selepas kejatuhan Mosul pada awal bulan ini, namun ia dilaporkan secara meluas ke seluruh dunia bahawa pejuang militan terbabit menyamar sebagai wanita dalam usaha memperdaya tentera yang sedang memburu saki-baki Daish. 
 
 

Foto: Twitter Kurdistan24 English
 
Awal bulan ini, kerajaan Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh di Mosul selepas sembilan bulan bertempur bagi menawan semula bandar berkenaan daripada pengganas.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*