Inilah Sebab Kenapa Bayi Sering Hisap Ibu Jari Kaki

Share This:

Adakah benar babi hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi? Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun bayi baru 5 bulan, takkan dah nak adik? Huhuhu.

Tapi Yang sebenarnya, bayi adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali bayi menghisap ibu jari kakinya, babi sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.

Dan sekiranya bayi nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian bayi kita. Ya, babiakan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Terkesima. Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan bayi. Selain dapat memanjakan dan menenangkan bayi kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*