Farah Hazel Tumpang Glamor, Aiman Tak Kisah

Share This:

Nama Fara Hazel mungkin agak kurang dikenali, namun jika disebut nama adiknya, Aiman Tino ia bukan asing lagi di kalangan peminat muzik. 


Fara, 21 merupakan kakak kepada Aiman dan kini cuba menapak dalam bidang yang sama dengan adiknya itu. 


Malah, dia mengakui ada menggunakan populariti adiknya untuk mendapat tempat dalam industri seni. 


“Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah.  Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian.

“Aiman pun tak kisah kalau saya gunakan dia. Cuma, harap-harap saya mampu nak membina nama sendiri tanpa gunakan sesiapa,” katanya kepada mStar Online.


Fara kini hadir dengan single pertama bertajuk Setiaku Pasti. Dalam masa yang sama dia juga sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat insurans. – 

Foto: MStar Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*