Dapat Balasan ‘Cash’, Pencuri Kabel Tersangkut Di Tiang

Share This:

‘Hajat’ seorang lelaki mencuri kabel tak kesampaian apabila dia tersangkut pada tiang elektrik ketika cuba memotong kabel, malam kelmarin.

 
Memetik Harian Metro, dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek, 43, memanjat tiang elektrik di loji air lama Hulu Trusan di Lawas untuk mencuri kabel.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek bagaimanapun tersangkut dan kejadian disedari orang awam yang kemudiannya menghubungi bomba dan polis.
 
 

Foto: Harian Metro
 
Suspek berjaya dibawa turun dan dibawa ke Hospital Lawas kerana mengalami kecederaan pada kaki.
 
“Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik.
 
“Siasatan lanjut mendapati suspek juga mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.
 
Menurut laporan, suspek masih dirawat di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*