Bunuh Isteri Kerana Capati Tak Bulat

Share This:

Apalah nasib wanita mengandung dari New Delhi ini. Hanya kerana bentuk roti capati tidak bulat, sanggup si suami mencekiknya sehingga mati.


Memetik Times of India, kejadian berlaku pada waktu malam, tetapi hanya disedari keesokan paginya apabila abang mangsa menemuinya tak sedarkan diri dan membuat laporan polis.


Mangsa dikenali sebagai Simran, 22, dilaporkan hamil empat bulan ketika ditemui tak sedarkan diri di dalam sebuah bilik. 



Foto: India Today



Setibanya di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia, manakala suaminya tidak ditemui di tempat kejadian.


Sementara itu, anak perempuan mangsa berusia empat tahun ditemui terkurung di dalam sebuah bilik lain.


Kata kanak-kanak itu, ibunya sering dimarahi kerana ayahnya tidak suka dengan bentuk capati dibuat mangsa.



Foto: India Times

“Ibu saya pandai memasak tetapi bentuk capati dibuatnya sering menimbulkan kemarahan ayah,” katanya kepada polis.


Pada malam kejadian, suspek menendang perut mangsaselepas capati yang dihidangkan kepadanya tidak berbentuk bulat.


Apabila anak mangsa cuba membantu ibunya, dia dikurung bapanya di dalam sebuah bilik sebelum suspek mencekik mangsa.


Pasangan itu sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sejak dua tahun lalu, suspek bekerja di sebuah kilang selepas jatuh bankrap. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*