Artikel FMT Cuba Hasut Rakyat Terima Kepimpinan Bukan Islam

Share This:

Tulisan Farouk A Peru yang dikongsikan portal Free Malaysia Today (FMT) nampaknya cuba membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa negara Malaysia akan selamat jika dipimpin orang Islam.

Dalam cubaan mematikan hayat kenyataan Abdul Hadi itu, Farouk cuba mencungkin sejarah Islam yang dikatakan dihasilkan oleh sarjana Islam sendiri berkenaan permasalahan dan perpecahan yang berlaku dalam negara Islam pada zaman dahulu.

Padahal masalah yang berlaku dalam negara Islam pada ketika itu yang diambil oleh Farouk sekadar diambil sebahagian daripadanya sahaja, bukan cerita keseluruhan sejarah berkenaan.

Tulisa Farouk yang menyatakan Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah memulakan gerakan ‘Ar-Riddah’ di mana negara Islam memulakan perang dengan orang yang dituduh murtad padahal Abu Bakar memang memerangi golongan murtad yang memusuhi Islam.

Link artikel Farouk : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/07/26/benarkah-negara-selamat-bila-umat-islam-memimpin/

Golongan murtad muncul pada masa itu selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW. Antara tokoh murtad yang mengaku sebagai nabi adalah Al-Aswad Al-‘Ansi di Yaman yang berjaya dibunuh pada masa Rasulullah, Musailamah Al-Kadzdab di Yamamah dan Thulaihah Al-Asadi.

Untuk menghalalkan artikelnya, Farouk menyatakan bahawa ada perkataan ‘Tiada paksaan dalam agama’ dari Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Hadis Riwayat Bukhari meriwayatkan :-

“Siapa yang mengganti agamanya, bunuhlah dia,”

Ia jelas betapa kerajaan Islam perlu menguatkuasakan agama dengan membunuh mereka yang murtad dan enggan kembali kepada agama Islam apabila disuruh bertaubat.

Kisah Saidina Uthman ibn Affan yang dipetik oleh beliau pula mengatakan bahawa Uthman sendiri mengamalkan nepotisme dalam pemerintahan padahal yang sebenarnya berlaku ialah Uthman ialah seorang sahabat yang mulia tapi difitnah pada zaman itu sehingga dibunuh.

Bukannya, sahabat Rasulullah itu dibunuh kerana memang mengamalkan perkara berkenaan.

Sahabat-sahabat Rasullulah yang menjadi Khalifah menggunakan usaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh mentadbir gugusan negara Islam sedunia pada masa itu dengan penuh integriti kerana Allah.

Tuduhan penulis Farouk mempunyai mesej jelas untuk menghasut umat Islam supaya kononnya menerima mesej bahawa negara akan selamat jika tidak dipimpin oleh orang Islam.

Lihat apa yang terjadi dengan negara Indonesia, Filipina, Myanmar dan Kemboja yang tidak diperintah oleh umat Islam. Agama Islam ditindas dan tidak dibenarkan diamalkan di dalam negara-negara berkenaan.

Kenyataan si penulis bahawa dalam pakatan pembangkang, Pakatan Harapan ada kewujudan parti PKR, PAN dan PPBM yang bertunjangkan Melayu Islam jadi tidak ada masalah jika DAP memerintah kerana parti-parti berkenaan akan menjalankan tugas kepada umat Islam.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Singapura selepas dikeluarkan dari Malaysia apabila bangsa Cina memerintah negara itu. Lihat nasib umat Islam di negara itu.

Kenyataan Farouk ini hanyalah dengki kepada Abdul Hadi kerana kini PAS dilihat lebih akrab dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sudah semakin sedar bahawa UMNO dan PAS adalah parti yang sama-sama bertunjangkan Islam.

Sejak tahun 1957, negara Malaysia diperintah oleh orang Islam secara kuasa mutlak dengan merit dengan majoriti dalam Parlimen memasitkan kebajikan umat Islam dan orang Melayu diperkasakan dengan cukup tinggi.

Hanya di Malaysia sahaja, Islam diperkasakan dan dipelihara di bawah kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Adakah ia akan turut diperkasakan jika Malaysia dipimpin oleh orang bukan Islam. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*