Suspek Tendang Perut Wanita Dalam Pantang Ditahan

Share This:

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki berhubung insiden seorang wanita yang baharu sahaja bersalin ditendang di perutnya dalam satu pertengkaran.

Video insiden itu menjadi viral pada Sabtu dan mendapat perkongsian lebih 9,000 kali di Facebook.

Dalam video itu, wanita tersebut bersemuka dengan sekumpulan remaja yang membuat bising di hadapan rumahnya di PPR Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini.


Mangsa menasihati remaja terbabit supaya beredar kerana bunyi bising itu mengganggu bayinya yang sedang tidur.

Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat mangsa dan berlakunya pertengkaran.

Salah seorang suspek dilihat menendang perut wanita itu.

Posting itu turut disertakan bersama sekeping salinan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,  Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata dua lelaki masing-masing berusia awal 30-an ditahan pada Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Wanita yang masih dalam pantang itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

 

Foto: Wartawan Jalanan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*