Sikit Lagi Kerja Yang Perlu Dibereskan Sebelum Malaysia Jadi Milik Kita…

Share This:

Kira-kira 600 tahun yang lalu, Datuk Laksamana Hang Tuah pernah mengungkapkan baris ayat yang sehingga kini menjadi sebutan setiap seorang anak Melayu yang menyintai kaum dan negaranya. Ayat “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” seolah-olah satu kata semangat atau sumpahan yang diungkapkan oleh seorang Datuk Laksamana yang cukup tersohor di bumi Nusantara ini.

Namun, setelah 600 lebih tahun berlalu, kata-kata ini semakin hari semakin hilang “saktinya”. Andai Datuk Laksamana Hang Tuah masih hidup, pasti dia sendiri akan mengalirkan air mata melihat bagaimana kaum dan bangsa yang cukup diagungkan olehnya duhulu, kini maruahnya berada di bawah tapak kasut bangsa lain.

Boleh dikatakan, perpecahan kaum Melayu yang ada hari ini disumbangkan oleh ketaksuban terhadap politik dan termakan dengan hasutan kebencian. Selama berdekad-dekad yang lalu, Lim Kit Siang dan DAP sedaya upaya memecahkan kesepekatan kaum Melayu yang menjadi tunggak kepada pentadbiran negara sejak Merdeka lagi.

Hanya pada dekad ini sahaja, barulah usaha berpuluh tahun DAP ini menampakkan kejayaan. Itupun setelah mereka berjaya mengheret ahli politik kaum Melayu berpengaruh untuk memecah belahkan kesepakatan dan perpaduan kaum Melayu. Jika dahulu imej DAP sentiasa dipandang dengan penuh curiga, hari ini, sudah ada anak Melayu menganggap DAPlah sebuah parti penyelamat kaum Melayu dan Malaysia.

Boleh dikatakan, jika tidak kerana kelicikan politik Lim Kit Siang yang mengambil kesempatan keatas nasib malang beberapa orang pemimpin dari kaum Melayu, mungkin sahaja impian Kit Siang untuk melihat perpecahan kaum Melayu tidak akan mungkin terlaksana.

Lihat sahaja bagaimana dia mempergunakan sepenuhnya kemahiran dan kepetahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghasut kaum Melayu menentang kerajaan yang dipimpin oleh kaum Melayu itu sendiri. Kini, lihat pula helah Kit Siang yang menjalinkan kerjasama dengan bekas Negarawan, Tun Dr Mahathir, juga dengan tujuan yang sama.

Maka tidak hairanlah hari ini, kesepakatan dan keutuhan kaum Melayu yang selama ini gagal dipecahkan DAP akhirnya berjaya dilakukan. Boleh dikatakan, kekuatan kaum Melayu yang dihimpunkan di bawah satu parti iaitu UMNO juga berjaya diganggu gugat. Semuanya hanya dengan menggunakan imej Mahathir bagi menggoyahkan pendirian kira-kira 3.6 juta ahli UMNO di seluruh negara.

Kini, apa yang perlu dilakukan oleh kedua-dua kuda tunggangan DAP iaitu Anwar dan Mahathir adalah menarik seberapa ramai kaum Melayu menyebelahi perjuangan Pakatan Harapan yang secara amnya dikuasai DAP. Di samping itu, mereka berdua juga ditugaskan khas untuk menarik seberapa banyak undi kaum Melayu terutamanya ahli UMNO untuk mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Detik perpecahan sudah lama dapat diperhatikan terutamanya kaum Melayu yang merasakan diri mereka sudah cukup urban dan maju. Kini, hanya kelompok yang tinggal di luar bandar sahaja yang perlu diyakinkan akan perjuangan kotor Pakatan Harapan ini. Andai gerakan ini berjaya, maka lengkaplah impian Lim Kit Siang selama hayatnya di dalam politik.

Mungkin, pada masa itulah Lim Kit Siang akan mengumumkan persaraannya setelah terlibat dalam politik selama lebih 50 tahun. Mungkin juga pada ketika itu, kaum Melayu sendiri akan menyaksikan Tanah Melayu yang selama ini di tuani oleh mereka, sedikit demi sedikit akan lenyap dan akan bertukar menjadi sebuah negara Republik. Tahniah Melayu lupa daratan seperti ahli PPBM, PAN dan PKR semua…

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*