Siapa Naja Bollywood, Nak Ada ‘Bodyguard’?

Share This:

“BARU jadi artis dah ada bodyguard?” Ha! Itu kata peminat yang nampaknya tidak berpuas hati apabila pendatang baharu, Naja Bollywood diiringi oleh pengawal peribadi ke sebuah acara baru-baru ini.

Tidak mahu terus membuat kesimpulan melulu, Naja ketika dihubungi mStar Online mengakui dakwaan itu namun dia mempunyai sebab tersendiri mengupah pengawal peribadi untuk mengiringinya.

Jelas pemilik nama sebenar Nazar Daud, 24, ini, pengawal peribadinya itu hanya untuk majlis tertentu terutamanya pada waktu malam dan di luar kawasan bagi tujuan keselamatan.

Naja juga menegaskan dia membayar bodyguard bukan kerana sudah berasa dirinya popular malah jauh sekali tidak mahu didekati peminat.

Sebaliknya dia lebih suka jika ada peminat yang ingin berbual dan bergambar dengannya kerana itu adalah kesempatan terbaik untuk menghargai sokongan mereka terhadapnya.

Dalam perkembangan lain, Naja berkata, dia bersyukur karier seninya mula berkembang dan sejak Aidilfitri lalu dia dihujani dengan tawaran persembahan pentas.

Malah kata Naja, dia juga sedang dalam proses merakamkan semula 10 buah lagu Bollywood popular yang akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.

Naja mula popular apabila dia berkebolehan menyanyikan lagu hindustan dengan suara seorang wanita.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*