Selamatkan Pulau Pinang Dari Lim Guan Eng

Share This:

“Selamatkan Malaysia” seharusnya digantikan dengan “Selamatkan Pulau Pinang” dimana  sekarang kita sedang melihat  Pulau Pinang diambang kehancuran dikeroyok oleh kepimpinan yang dikatakan “telus” dan “Adil” kepada rakyat.

Pulau Pinang kini sedang diambang kecelaruan dimana mempunyai pemimpin kleptokrasi yang Maha hebat sehinggakan disabit dengan amalan rasuah dan sedang menanti untuk dibicarakan.

Dalam pada itu juga keangkuhan Guan Eng pemimpin kleptokrasi DAP yang  rakus menjual tanah tanah kerajaan di Pulau Pinang cuba menutup isu keburukan perangainya dengan mahu mengemukakan saman terhadap NST susulan satu kenyataan yang dikatakan memfitnah beliau.

Ia juga satu usaha untuk mengalih perhatian daripada pendedahan berterusan BNSC terhadap projek terowong Pulau Pinang dan 3 lebuhraya (di mana RM220 juta sudah dibayar sebagai firma perunding) dan disebalik dakwaan Exco Chow Kon Yeow bahawa ia hanya terlebih bayar sebanyak 17 peratus dan bukannya 400 peratus sebagaimana disebutkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia

Guan Eng dengan angkuh  berkata bahawa dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan saman terhadap NST yang dikatakan telah memfitnah nya. Guan Eng merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan berbunyi:-

Lim pada awal hari ini mendakwa penduduk Pulau Pinang marah kerana seorang pemimpin dari kerajaan yang bersih didakwa dengan rasuah dan bimbang hukuman ke atasnya akan menjejaskan program kebajikan i-Sejahtera negeri itu. Guan Eng dalam penafian untuk mengatakan tiada kenyataan yang  berbunyi:-

 “Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melalui ucapan di Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang, di Jawi, Nibong Tebal semalam.”

Paling melucukan  ialah apabila tiada sepatah perkataan yang dikeluarkan merujukkan tempat  kenyataan  tersebut dikeluarkan. Tetapi  Guan Eng cuba  mengaitkan  bahawa ianya telah dikeluarkan di Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang, di Jawi, Nibong Tebal yang lalu.

Tergigit lidah nampaknya Guan Eng, sebenarnya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Guan Eng melalui kenyataan rasminya bertarikh 1 Julai 2016 di capaian berikut:

BN Wants To Put Me In Jail For 20 Years For A Non-Existent Corruption Offence Of Approving The Rezoning Of A Piece Of Land In Balik Pulau From Agriculture To Housing That Is Still Agriculture Because Majlis Bandaraya Pulau Pinang Rejected The Rezoning To Housing And Completely Unrelated To The Sale Of Taman Manggis Land.(e/m/c)

Dalam hal ini, kesilapan Guan Eng melihat tarikh dan bertindak  tergesa-gesa memperlihatkan kegusaran hati beliau menunggu tarikh perbiucaraannya yang bakal tiba. Untuk menutup “kesipuannya” berbagai helah dilakukan.

Guan Eng tidak dapat nafikan ialah beliau sememangnya membuat kenyataan berkenaan, namun bukan tarikh tersebut dan bukan di Nibong Tebal sebagaimana yang diutarakan beliau terhadap artikel dikeluarkan NST. Bagaimana pula Guan Eng mahu menyaman jika kesalahan fakta tersebut berlaku?

Hal yang sama juga telah dikongsikan dalam satu  portal media dalam talian bertajuk “Penang needy will suffer if I am jailed, Guan Eng claims” bertarikh 1 Julai 2016. Jadi apa yang mampu lagi diperkatakan oleh Guan Eng-

Rakyat Pulau Pinang harus dan mesti mementingkan sebuah kerajaan yang baik dan bukan hanya kerana seorang bernama Guan Eng. “Selamatkan Pulau Pinang dari kepimpinan kleptokrasi  adalah lebih baik daripada membela seorang yang kejam rakus terhadap alam sekitar dan rakyat.

Secara dasarnya kerajaan Pulau pinang telah gagal menunaikan mandat terhadap rakyat, malah rakyat hidup dalam kesengsdaraan dengan pelbagai masalah yang timbul dibuat oleh pemimpin kleptokrasi DAP.

Kebajikan rakyat jauh sekali,  malah penghapusan hak-hak rakyat seperti  rumah dan warung amat hebat dilaksanakan untuk membolehkan kroni DAP mengaut keruntungan hasil daripada tindakan tersebut.

Justeru itu, rakyat harus sedar bahawa Guan Eng akan melakukan apa sahaja untuk menutup isu yang berkaitan dengan amalan kleptokrasi yang telah banyak dilakukannya. Pengalihan isu acapkali dilakukan agar rakyat lupa segalanya.

Selamatkan Pulau pinang adalah satu slogan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang kembali  hidup dengan aman dan damai tanpa rasa takut untuk mencari rezeki dimana-mana bumi di Pulau Pinang  sebagaimana sebelumnya.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*