Rakyat Malaysia, Diana Chan Meraih Gelaran MasterChef Australia 2017

Share This:

sumber : www.news.com.au

 

Hanya dengan beza satu mata sahaja, rakyat Malaysia, Diana Chan berjaya mengalahkan saingan terdekat dalam perlawanan akhir MasterChef Australia 2017 semalam sekaligus meraih gelaran yang berprestij itu. 


Memetik laporan Sydney Morning Herald, setelah berjaya menundukkan pesaingnya iaitu Ben Ungerman, Diana yang kini memegang jawatan sebagai akauntan di Melbourne berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AUD$250,000 (RM847,000).


Dilaporkan wanita berusia 29 tahun itu membesar di Johor Baru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan ke Australia ketika berusia 19 tahun.


Chan adalah rakyat Malaysia kedua yang memenangi MasterChef Australia, selepas Adam Liaw, yang dilahirkan di Pulau Pinang, menjadi juara musim kedua.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*