Pokok ‘Ceiba Chodatii’ Kembali Berdaun

Share This:

Sejak seminggu yang lalu, pokok ‘Ceiba Chodatii’ atau benang sutera yang ditanam di kawasan pentadbiran Bandar Baharu Kuala Nerus kembali mengeluarkan daun.

Tinjauan Terengganu Times mendapati, ranting-ranting pada pokok berkenaan sudah mengeluarkan daun dengan lebat selepas mengalami proses keguguran ekoran cuaca panas pada Mei lalu.

Berita mengenai pokok yang berasal dari Brazil itu viral di media sosial selepas pihak pembangkang mendakwa ia telah mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Terengganu.

Post yang mendakwa pokok benag sutera sudah mati
Bagaimanapun, dakwaan tidak bertanggungjawab itu dinafikan oleh jurutera landskap Mohd Nasir Md Amin yang bertangunggjawab menjaga pokok berkenaan.

Menurutnya, berita pokok itu mati tidak benar dan merupakan satu fitnah yang sengaja direka.

Katanya, pokok Ceiba Chodatii itu hanya mengalami proses daun gugur dan akan kembali pulih selepas musim panas berakhir.

“Iklim negara asal pokok tersebut juga sama seperti Malaysia iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan kelembapan air yang cukup, pokok ini akan kembali mengeluarkan daun seperti biasa cuma ambil sedikit masa” jelasnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*