Perjuangan Mendaulatkan BM Sesungguhnya Tidak Bernoktah – Rosmah

Share This:

Perancangan konsisten dan terarah harus dilakukan supaya Bahasa Melayu (BM) mampu menjadi bahasa perhubungan di seluruh dunia suatu hari nanti.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata BM pernah digunakan secara meluas merentasi sempadan nusantara pada abad ke-15 dan 16, setanding dengan bahasa Latin dan Perancis.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berucap ketika majlis resepsi Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Justeru beliau berkata, BM harus dilestarikan dan keunggulannya perlu ditanam dalam jiwa rakyat sejak kecil.

“Pelbagai pihak berkepentingan harus mengambil peranan dalam memartabatkan BM, contohnya ibu bapa, komuniti, pihak sekolah, ahli akademik dan pihak berwajib.

“Perjuangan mendaulatkan BM sesungguhnya tidak bernoktah,” katanya ketika berucap pada Majlis Resepsi Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2017 di Seri Perdana di sini, hari ini.

Seramai 52 peserta diraikan pada majlis itu. PABM yang masuk tahun ke-11 bermula semalam dan pertandingan akhir akan berlangsung Rabu ini.

Rosmah berkata, beliau teruja kerana semua urusan berkaitan penganjuran pertandingan itu termasuk komunikasi, surat menyurat dan saringan dilaksanakan sepenuhnya dalam BM.

“Pertandingan ini membuatkan kita bangga kerana BM dijadikan bahasa ilmu sejagat dan tidak asing dalam konteks bahasa komunikasi antarabangsa,” katanya.

– BH

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*