Mourinho Pujuk Lukaku Sertai Manchester United

Share This:

ROMELU¬†Lukaku tidak mampu menepis pelawaan untuk menyertai Manchester United selepas mendengar rancangan Jose Mourinho untuk “membina semula kelab itu”.

Sepanjang musim panas, pemain berusia 24 tahun itu seakan-akan ingin meninggalkan Everton untuk menyertai Chelsea, namun United rupanya sudah lama mengintai bintang kelahiran Belgium itu.

Mourinho bertanggungjawab ketika Lukaku diberi lampu hijau untuk meninggalkan Stamford Bridge, tetapi selepas tiga tahun dia kini melihat penyerang itu sebagai kunci pelengkap kelabnya di Old Trafford.

Lapor¬†Eurosport, United telah mengeluarkan ‘modal’ awal sebanyak 75 juta pound sterling untuk Lukaku.

“Kami sedang bercuti bersama,” ujar Lukaku yang pergi bercuti dengan pemain tengah United dan Perancis di Los Angeles sewaktu perpindahan itu selesaI.

“Saya perlu membuat pilihan sendiri. Perbualan dengan pengurus tentang bagaimana dia mahu membina semula kelab dan keiginannya untuk menjadikan saya sebahagian daripada rancangan tersebut telah meyakinkan saya.

“Saya bersyukur dengar peluang ini,” kata Lukaku.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*