Masukkan Jari Dalam Dubur, Penjaga Kolam Udang Mengaku Liwat Dua Anak Tiri

Share This:

Khairul Azwan Ismail, 24, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas lima pertuduhan melakukan perhubungan seks ke atas dua anak tiri lelakinya.

Azwan yang juga merupakan seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah meliwat mangsa yang masing-masing berusia sebelas dan tujuh tahun.

Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Memetik laporan Utusan Online, bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat dan memasukkan jari ke dubur mangsa berusia 11 tahun manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam dubur mangsa berusia tujuh tahun.

Perbuatan jijik itu dilakukan antara April tahun lepas hingga bulan ini di beberapa lokasi di Daerah Mersing.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C dan 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*