Lim Kit Siang Tersenyum Berjaya Suruh Melayu “Screw” Melayu Di PWTC?

Share This:

PEMBANGKANG yang diketuai Lim Kit Siang sengaja mencari “pasal” apabila mereka menghantar sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) kononnya menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0. padahal mereka sengaja menimbulkan kekecohan.

Berlaku kekecohan apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno yang melihat tindakan PPBM tersebut sebagai cubaan untuk bersikap biadap dan kurang ajar.

Kira-kira 30 anggota PPBM pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan secara kurang ajar kepada perdana menteri kononnya untuk berdebat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka. Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.

Dahulu DAP mempergunakan PAS yang merupakan orang Melayu untuk bergaduh dengan UMNO. Kini DAP memperkudakan PPBM pula untuk melaksanakan agenda Melayu “screw” Melayu. Bagi ahli PPBM, tahniah, anda lulus sebagai “anjing” DAP.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*