Lelaki Ini Dirogol 3 Wanita, Spermanya Digunakan Untuk Amalan Sihir

Share This:

Tidak sangka. Seorang lelaki ditimpa malang apabila dipaksa melakukan hubu­ngan seks dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.

Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe.

Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum menggomol seorang lelaki ketika mangsa me­nunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.

“Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu me­numpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.

Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak menggomolnya secara bergilir-gilir.

“Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di seba­tang jalan raya,” katanya.

Kes melibatkan golongan wani­ta menodai lelaki untuk mendapatkan sperma di negara berke­naan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011.

Malah, pihak berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah. Juju dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*