Dengan Tuhan Dia Tidak Takut, Dengan Perogol Pula Dia Takut!

Share This:

Sejak semalam, sewaktu berita mengenai ugutan yang diterima oleh seorang peguam hak asasi, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim tersebar, rata-rata netizen menjadikan berita itu sebagai bahan lawak jenaka. Tidak dapat dipastikan kenapa ianya dijadikan bahan lawak jenaka. Mungkin kerana sikapnya yang sebelum ini dijadikan punca kenapa berita mengenainya menjadi satu berita lucu.

Mungkin perkara ini mempunyai asasnya yang tersendiri jika dilihat dari sikap dan tingkah laku Siti Kassim sendiri. Umum mengetahui bahawa dia merupakan seorang yang lantang bersuara tidak mengira apa jua isu. Paling diingati apabila dia bertindak menceroboh satu majlis diskusi yang dianjurkan oleh sebuah akhbar arus perdana sehingga tergamak menunjukkan isyarat lucah kepada moderator.

Tidak ketinggalan juga, bagaimana dia menjadikan penceramah bebas, Ustaz Zakir Naik sebagai musuhnya apabila Zakir Naik mencemuh gerakan LGBT yang begitu giat dipromosi olehnya. Akibat tindakan berkenaan, ramai pihak menghentam sikap Siti Kassim yang dilihat cukup biadab dan langsung tidak tahu akan erti menghormati antara satu sama lain.

Tidak ketinggalan juga, dia diingati kerana acapkali mempersendakan Allah S.W.T walaupun dia mengakui bahawa dia adalah seorang penganut agama Islam. Dia dilihat lebih senang memperjuangkan fahaman Islam yang lebih liberal sehingga pernah satu ketika dia mempersendakan Allah S.W.T secara terang-terangan.

Namun begitu, sebaik berita mengenai ugutan yang diterimanya seperti mahu memenggal kepala, merogol dan menyimbah asid kepadanya, ajaibnya, dia mengeluarkan kenyataan yang dia takut akan ancaman berkenaan dan membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.

Bagaimana dia boleh gentar dan kecut apabila menerima ugutan sedemikian sedangkan tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta isinya sekali, langsung tidak pernah menggetarkan harinya? Adakah perogol dan pengugut ini jauh lebih berkuasa berbanding Allah S.W.T?

Sebelum ini, dia dilihat cukup ego dan seolah-olah langsung tidak dapat disentuh. Ajaibnya, hanya dengan mesej berbaur ugutan, samada kes berkenaan benar-benar berlaku atau hanya dijadikan alat untuk meraih populariti murahan, dia bertukar menjadi terlalu takut sehingga meminta pihak berkuasa menyiasat dan melindunginya.

Bukankah sebelum ini dia sendiri memperlekehkan pihak berkuasa dnegan sewenang-wenangnya mencetuskan provokasi terhadap agama? Mungkin pada ketika itu dia merasakan undang-undang di dalam genggamannya maka dia boleh bertindak semahu hatinya.

Walau bagaimanapun, untuk berlaku adil, pihak berkuasa diminta untuk menyiasat kesahihan dakwaan Siti Kassim ini. Andai terbukti benar, tangkaplah individu atau mereka yang sengaja mengugutnya. Tetapi andai siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa itu palsu, undang-undang sendiri telah menggariskan bagaimana untuk menghukum mereka yang membuat aduan palsu kepada pihak berkuasa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*