Conte Mahu Empat Pemain Lagi Selepas Morata

Share This:

CHELSEA mengekalkan tradisi pembelian pemain secara besar-besaran apabila Antonio Conte mahu mendapatkan empat pemain baharu selepas Alvaro Morata.

Morata yang dikait akan berhijrah ke Manchester United akhirnya menyertai Chelsea dengan yuran pemindahan keseluruhan sebanyak lingkungan £60 juta.

Bagaimanapun, Conte dilapor mahukan lebih ramai pemain untuk memperkemaskan skuad The Blues.

The Telegraph mendakwa, Alex Sandro, Antonio Candreva, Fernando Llorente dan Virgil van Dijk adalah sasaran seterusnya.

Laporan itu juga Chelsea akan membayar sebanyak £60 juta untuk mendapatkan Sandro yang merupakan pertahanan Juventus.

Pengendali dari Itali itu mahu mendapatkan Llorente bagi digandingkan dengan Morata sekaligus menyelesaikan kekosongan yang ditinggalkan Diego Costa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*