Caj ‘Ikat Tepi’ 30 Sen, KPDNKK Kenakan Denda Pengusaha Terbabit

Share This:

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengenakan denda terhadap satu premis yang tular di media sosial apabila mengenakan caj bungkus ikat tepi.


Hasil tindakan pemantauan pegawai penguatkuasa KPDNKK, premis itu didapati gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi iaitu 30 sen jika air yang dipesan dibungkus.


Dalam kes viral, seorang pengguna memviralkan resit dari premis berkenaan bahawa dia dicaj sebanyak 30 sen untuk air Limau Asam Boi yang dibeli secara dibungkus.


“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011,”menurut kenyataan yang dipetik dari laman Facebook KPDNKK kelmarin.

sumber : Facebook KPDNKK

 

Pada masa sama, peniaga premis berkenaan turut diberi amaran supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga bungkus.


Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.


Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut.


Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan pasaraya mini diperiksa dalam operasi itu, ujarnya.-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*