Akibat Tidak Tertahan Menanggung “Rindu”, Armada Bunga “Serang” PWTC

Share This:

Dalam penggal kali ini, banyak perhimpunan diadakan oleh pihak pembangkang hanya semata-mata cuba menimbulkan ketegangan. Paling mencuri tumpuan, bagaimana pihak pembangkang menggunakan NGO BERSIH sebagai satu NGO penganjur untuk mengadakan siri himpunan BERSIH. Tidak kurang juga, siri himpunan yang adakalanya memang mengjengkelkan.

Terbaru, mungkin kerana rindukan suasana PWTC, kira-kira 50 orang Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengadakan flashmob kononnya mahu menyerahkan surat jemputan bagi mengadakan satu lagi program Nothing To Hide yang akan mempertembungkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pada masa yang sama, kira-kira 300 orang Pemuda UMNO telah bersiap sedia menyambut ketibaan gerombolan pemuda bunga ini dhadapan PWTC. Justeru, dapat kita bayangkan apa yang akan terjadi setelah kedua-dua kelompok ini bertembung antara satu sama lain di hadapan bangunan milik UMNO ini.

Memang mengjengkelkan cara politik parti bunga ini. Di saat teknologi kian berkembang pesat, tidak salah kiranya jawatankuasa pusat parti bunga ini mengirim e-mail surat jemputan berkenaan kepada Perdana Menteri. Namun, mereka memilih untuk melakukan kekecohan dengan menyerang pejabat parti lawan mereka kononnya atas alasan demokrasi.

Bayangkan situasi ini, anda mahu mengadakan satu majlis, tetapi pada masa yang sama anda menghantar satu gerombolan untuk memaksa tuan rumah berkenaan akur kepada kemahuan anda. Sudahlah biadab menyerang rumah orang, tindakan mereka mengganggu gugat ketenteraman rumah orang lain sememangnya layak untuk dikecam.

Tidak pernah dalam sejarah politik negara, anggota sesebuah parti politik menyerang pejabat musuh mereka hanya semata-mata mahu menyerahkan surat jemputan. Namun, sebaik parti bunga yang diketuai oleh seorang pengkhianat ini ditubuhkan, segala tindakan dan perilaku biadab ini muncul seolah-olah ianya memang diajar oleh pemimpin parti ini.

Apa faedah yang mereka dapat hasil daripada ketegangan ini? Untuk menyalahkan Pemuda UMNO adalah satu perkara yang tidak masuk akal kerana apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO ini adalah satu tindakan yang wajib dilakukan. Diketuai oleh Datuk Armand Azha, mereka hanya mempertahankan “rumah” mereka dari dicerobohi oleh para musuh dan pengkhianat. Adakah salah tindakan mereka?

Inilah corak berpolitik yang diamalkan oleh parti pembangkang terutamanya parti bunga. Mereka tidak akan pernah puas selagi UMNO tidak ditumbangkan atau dilenyapkan walhal parti inilah yang mengajar mereka apa itu politik sewaktu mereka mula-mula menceburi bidang politik. Mereka sudah hilang pertimbangan akal waras sehingga sanggup menjadi kurang ajar dengan merempuh rumah orang lain!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*