Usain Bolt Pilih Zlatan Ibrahimovic

Share This:

PELARI pecut Jamaica, Usain Bolt menyokong penuh cadangan untuk Manchester United menyambung kontrak Zlatan Ibrahimovic.

Pemain dari Sweden itu membantu United memenangi Piala EFL dan Liga Eropah pada musim lalu, tetapi kecederaan lutut yang dialaminya membuatkan dia terpaksa berehat sehingga penghujung tahun 2017 atau awal 2018.

Ketika ditanya sama ada United perlu memilih siapa antara Ibrahimovic dan dirinya, Bolt berkata: “Jika saya, saya akan memilih Zlatan. Dia antara pemain terbaik.”

“Bagi saya, dia telah menaikkan nama United pada musim lalu dan sekiranya kita berpeluang menyambung kontrak dengannya, saya akan memilih Zlatan,” kata peminat United itu kepada TV4Sport. – Eurosport

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*