Teruk Kena Kutuk Sebab Kutuk ‘Dunkirk’, Janna Nick Minta Maaf

Share This:

KECOH seketika apabila pelakon Janna Nick memuat naik satu status bernada ulasan berkenaan filem dinanti ramai, Dunkirk.
Bukan sahaja pengisian hebat, Dunkirk juga menjadi perhatian kerana ia adalah hasil garapan pengarah prolifik, Christopher Nolan.
Namun gara-gara terlalu jujur berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial, Janna terus dihentam netizen.
Majoriti tidak faham apabila seorang ‘insan seni’ tidak memahami nilai estetika yang ditonjolkan dalam filem tersebut.Ada juga yang marah kerana Janna memberi komen tanpa menonton filem itu sehingga ke penghujung.

Komen Janna Nick mengenai filem Dunkirk yang dikritik nitizen:

Antara kritikan nitizen yang dilemparkan kepada Janna Nick:

‘Benda simple macam ni pun Janna tidak tahu’





Mungkin dah tak tahan sangat dengan provokasi netizen terhadap review Janna Nick tentang Dunkirk itu, ini jawapan dia kepada seorang pengguna Twitter.


Sedar tindakannya mendapat kecaman ramai, pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner, 22, membuat permohonan maaf di laman mikro Twitter dan memadam posting di IGnya.

 
“Orang tunggu je aku buat silap sikit. Its ok, takkan lah takde salah langsung.
 
“Saya minta maaf ya semua. Nanti saya tengok cerita tu sampai habis,” tulisnya.
 
 

Foto: Twitter Janna Nick
 

Biasalah tu manusia melakukan kesalahan. Diharap Janna bersabar dan menjadikan perkara ini sebagai panduan di masa hadapan sebelum memuat naik apa-apa di laman sosial.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*