Soalan 1MDB Pembangkang Wajar Ditolak Kerana Soalan Berulang-Ulang

Share This:

Pihak pembangkang sengaja tutup mata dalam soal siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK) sudah dijalankan dan sudah mendapat keputusan bahawa tidak ada sebarang salah laku ditemui.

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sudah pun membuat sidang media bahawa siasatan itu tidak mendapati apa-apa salah laku jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan (PH).

Hari ini, beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak soalan-soalan mereka untuk ditanyakan di dalam Dewan Rakyat.

Bagi pihak Perdana Menteri, beliau sudah menjawab soalan berkaitan dakwaan 1MDB ini berkali-kali di banyak platform termasuk di blog beliau dan siaran televisyen.

Bagi pihak Parlimen, tindakan menolak soalan lisan berkenaan 1MDB ditolak disebabkan faktor subjudis, menurut Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri ismail Mohamed Said.

“Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang, semua yang tak berpuas hati saya dah bagi peluang untuk beri penjelasan.

“Sila rujuk Peraturan Mesyuarat 99, kalau kita tidak puas hati dengan keputusan Yang Berhormat Speaker. Keputusan Speaker adalah muktamad, kalau tidak puas hati boleh buat usul persendirian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ini bukan kali pertama soalan-soalan Ahli Parlimen pembangkang ditolak kerana soalan mereka kebanyakannya adalah soalan untuk melakukan provokasi ke atas Najib selain mengulang-ulang perkara yang sudah disiasat.

Soalan berkenaan sudah dijawab dan Parlimen perlu lebih mengutamakan soalan-soalan yang lebih perlu diutamakan.

Pandikar sudah beberapa kali diganggu dengan provokasi dangkal pembangkang di dalam Dewan Rakyat dengan mereka membuat bising dan enggan menghormati keputusan Speaker. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*