Siti Kasim Diancam Penggal Kepala

Share This:

PEGUAM pro pembangkang Siti Zabedah Kasim kerap mengeluarkan kenyataan yang menguris hati orang Melayu. Malah tindak tanduk beliau juga dilihat melampaui batas adab sopan orang timur.

Memang kita tidak boleh bertindak di luar konteks undang-undang namun tindakan Siti Kasim yang seolah-oleh sengaja melancarkan provokasi terhadap agama Islam mungkin mencetuskan kemarahan terhadap segelintir mereka yang “panas baran”.

Setiap tindakan akan menghasilkan tindak balas maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Siti kasim diancam potong kepala.

Beliau telah membuat laporan polis terhadap ancaman untuk memenggal kepala yang diterimanya. Laporan itu dibuat di balai polis Sentul, Kuala Lumpur semalam, terhadap seorang lelaki, lapor The New Straits Times (NST).

Katanya, lelaki itu pada 3 Julai telah memuat naik tulisan berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang memetiknya secara salah.

Pada 19 Julai, katanya, lelaki yang sama memuat naik artikel sama ke laman web sama, yang memetik beliau sebagai berkata “jangan ikut Islam Arab, tapi Islam sebenar”.

Lelaki itu kemudian menulis: “Anjing menyalak bukit tidak lama sebelum bukit itu runtuh ke atasnya”.

Ia kemudian mengundang pelbagai reaksi pengikutnya, termasuk yang mahu kepada Siti Kasim dipancung, dirogol, disimbah asid ke mukanya, lapor NST.

Orang tua-tua berpesan dengan peribahasa yang cukup simbolik, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah kesannya”.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*