Siti Hasmah Yang “Queen Control” , Bukannya Rosmah

Share This:

RAKYAT Malaysia tahu bahawa segala tohmahan pembangkang yang diketuai DAP terhadap isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah tidak benar. Namun memandangkan mereka terdesak untuk menang dalam pilihan raya umum maka mereka mengambil jalan mudah menghalalkan dosa fitnah tersebut.

Antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah wujudnya dakwaan isteri perdana menteri itu mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Tahukah anda bahawa isteri kesayangan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang mengawal suaminya selama ini? Boleh dikatakan hampir kesemua adik beradik Siti Hasmah mendapat jawatan besar dan harta benda yang banyak ketika era pemerintahan Mahathir.

Rosmah Mansur yang dituduh mengawal suaminya itu pula merupakan anak tunggal. Malahan anak-beranak Rosmah sendiri tidak ada sebarang kepentingan dalam bidang politik mau pun perniagaan dalam Malaysia. Ternyata beliau tidak pernah mengenakan sebarang tekanan terhadap suami agar memberi projek atau jawatan kepada ahli keluarga.

Berlainan pula dengan Siti Hasmah yang mempunyai ramai adik beradik. Antara adik-beradik Dr Siti Hasmah ialah :

1. Jenderal Bersara Tan Seri Hashim Muhammad Ali – Bekas Panglima Angkatan Tentera
2. Tun Muhammad Ismail Mohd Ali – bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, pengerusi PNB
3. Tan Seri Ahmad Razali Mohd Ali – bekas Menteri Besar Selangor.
4. Datin Siti Saliha Mohd Ali
5. Dato Muhammad Jaafar Mohd Ali

Dalam tahun 1982 Jenderal Bersara Tan Seri Hashim Muhammad Ali mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan di Pulau Pinang. Kemudian beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan November 1985, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya dalam bulan April 1992. Kemudian Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Beliau turut dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskan Sukan Komanwel 1998 ke-16 di Kuala Lumpur yang diadakan pada 11 – 21 September 1998. Semua perkara ini berlaku di zaman Mahathir menjadi PM.

Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali pula merupakan Menteri Besar Selangor dari 3 Mei 1982 – 14 Ogos 1986, juga ketika Mahathir menjadi PM. Kisah kekayaan luar biasa anak-anak Siti Hasmah juga bukan perkara baru kepada rakyat Malaysia.

Rosmah yang tidak ada sebarang kepentingan untuk diri beliau sering menjadi mangsa fitnah pembangkang. Antara tuduhan yang tidak benar mengenai Rosmah ialah mempunyai pejabat di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Hakikatnya kewujudan pejabat berkenaan sebenarnya telah ada semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia bagaimanapun dihentikan semasa Najib mengambil alih sebagai perdana menteri. Datin Seri Rosmah tak pernah sekali pun masuk ke pejabat itu.

Pejabat berkenaan terletak bersebelahan dengan pejabat perdana menteri dan ia merupakan tempat di mana isteri wakil kenamaan dari luar negara ditempatkan semasa perdana menteri menerima lawatan rasmi. Bagaimanapun Rosmah lebih suka menerima tetamu di kediaman rasmi mereka di Seri Perdana.

Rosmah hanya pernah mengunjungi PMO sebanyak dua kali setahun iaitu semasa kakitangan PMO membuat jamuan hari jadi serta pejabat berkenaan menjadi tuan rumah untuk majlis rumah terbuka.

Rakyat Malaysia digesa agar tidak mempercayai pembohongan pembangkang yang diketuai DAP. Sepuluh kenyataan mereka, tidak ada satu pun yang boleh dipercayai.  Pembangkang dan fitnah sudah terlalu sinonim.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*