Rakyat Tak Minat Hendak Dengar Hasutan Dari Trak Rafizi Ramli

Share This:

Rakyat Malaysia sudah diketahui sebahagian besarnya hanya mendengar cerita dan maklumat daripada orang yang sentiasa bercakap benar dengan fakta serta bukti bukan dari orang suka memfitnah serta berbohong.

Itulah yang terjadi kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli apabila Trak Bina Semula negara yang dilancarkan dan digerakkan ke beberapa lokasi seluruh negara tidak mendapat sambutan menggalakkan malahan ia amat hambar.

Di sertiap ceramah Rafizi, hanya 200 orang yang hadir dan kebanyakan dari jumlah kunjungan jumlah orang yang hadir adalah lebih sedikit.

Siapa yang mahu dengar kata-kata bohong wakil rakyat PKR di Pandan yang juga seorang bakal banduan yang suda dihukum penjara selama 18 bulan kerana memiliki dokumen rahsia kerajaan.

Sebagai contoh kunjungan Rafizi di Padang Rengas, Perak, pada 15 Julai yang begitu hambar dan di hadapan Rafizi kosong tanpa ada kelibat orang ramai yang hadir. Dek kerana mahu menutup kegagalan itu, Rafizi mengadakan siri ceramah di atas trak Bina Semula Negara itu secara langsung dalam media sosial Facebooknya.

Jika tak ramai yang hadir, Rafizi boleh cover line dengan menyatakan orang ramai menontonnya di Facebook.

Ceramah Rafizi tak dapat sambutan, kosong!!!

Dalam ceramahnya, Rafizi guna semula peluru yang sudah lama iaitu perihal wang derma RM2.6 bilion yang sudah lapuk. Pihak berkuasa sudah menyiasat dakwaan bahawa ia adalah wang yang dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendapati tidak ada sebarang salah laku dalam urusan berkenaan.

Ia adalah wang derma dari kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahan pula, nama kempen dan trak berkenaan sudah salah kerana negara sedang menuju ke arah legasi kemajuan bukan untuk dibina semula.

Membina semula negara hanya selepas jika berlaku peperangan atau bencana alam yang besar.

Dengan kepimpinan Najib yang baik, telus, cekap dan komited negara dalam landasan yang betul untuk jadi negara maju pada tahun 2020 dan akan mampu mencapai legasi seterusnya iaitu Transformasi Nasional TN50 pada tahun 2050.

Kewujudan trak Rafizi yang dikendalikan oleh badan INVOKE beliau tidak diperlukan langsung oleh negara dan rakyat Malaysia. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*