Polis Mati Bersama Kekasih Vietnam, Disahkan Bunuh Diri

Share This:

Masyarakat digemparkan dengan berita anggota polis ditemui mati kelmarin bersama wanita Vietnam dipercayai kekasihnya.

Terbaru, pihak polis mengesahkan kematian tersebut berpunca dari membunuh diri.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Amar Singh berkata kematian anggota itu disahkan melalui hasil laporan bedah siasat dan ujian sisa tembakan (GSR) oleh forensik.

Selain itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata anggota polis terbabit dan teman wanitanya mati akibat tembakan pada kepala.

“[Ia] disokong dengan hasil ujian GSR yang menemui sisa tembakan pada tangan pasangan berkenaan,” katanya.

Kelmarin dilaporkan Lans Koperal Ng Jun Ming, 25 ditemui mati terduduk dan tersandar pada dinding tanpa baju dengan satu tembakan menembusi kepalanya.

Manakala Vo Thi Duyen, 20-an terlentang atas tilam lengkap berpakaian dengan satu tembakan menembusi kepalanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*