Pemain Muda Buat Hal, Chelsea Mohon Maaf

Share This:

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea memohon maaf secara terbuka kepada rakyat China susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh pemain muda kelab itu, Kennedy.

Pada Jumaat, Kennedy mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat China menerusi laman sosial, sekali gus mengundang kemarahan penduduk negara itu.

Pemain kelahiran Brazil itu diejek oleh penyokong China ketika Chelsea menang 3-0 ke atas Arsenal pada aksi persabahatan di Beijing pada 22 Julai lalu.

Peminat bola sepak China menegaskan bahawa tindakan pemain berusia 21 tahun itu sebagai berbaur perkauman, sekali gus membuatkan Chelsea memohon maaf atas perbuatan Kennedy.

The Blues menerusi satu kenyataan berkata, tindakan Kennedy tidak mewakili keseluruhan pasukan dan tidak mematuhi peraturan ketat kelab terhadap pemain muda kelab itu.

“Kennedy telah diberi amaran tegas dan dikenakan tindakan disiplin,” jelas kenyataan tersebut. –  Mirror.uk

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*