Mayat Bayi Dalam Perigi, Disyaki Mati Dibunuh Ibu Bapa Sendiri

Share This:

Seorang bayi lelaki yang baru berusia enam hari ditemui di dalam sebuah perigi di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin.


Dalam kejadian tersebut, mayat bayi malang yang disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan forensik dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Jasin Bistari.


Menurut laporan Kosmo, bapa kepada bayi tersebut mendakwa kali terakhir melihat anaknya berada di bawah jagaan ibunya dan sedang tidur di bilik.

Foto: Utusan Online

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum ini bayi tersebut sebelum ini dilaporkan hilang di kediaman dan laporan dibuat di Balai Polis Batang Melaka kira-kira pukul 7.45 malam oleh bapa mangsa.


“Pada awalnya kita mengklsifikasikan kes sebagai orang hilang namun terdapat keraguan tentang kesahihan bayi itu hilang dan siasatan lanjut dilakukan.

“Pada pukul 6.30 petang tadi kita menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa dan pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Foto: Astro Awani

Mayat bayi dalam keadaan sempurna dan dibalut dengan kain lampin. Tiada sebarang kecederaan pada anggota badan dan kini menunggu laporan penuh bedah siasat untu mengetahui punca kematian.


Pihak polis menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*