Lagu Tok Vida Ciplak Karya Punjabi?

Share This:

ENTAHLAH nak kata apa tetapi kalau diamati lagu nyanyian Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang kini menjadi tular, ia kedengaran seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Persoalannya, adakah perkara itu bersifat kebetulan atau Edry Abdul Halim selaku penggubah lagu I Am Me sememangnya menjadikan lagu Bling Bling Mr Singh ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan single Vida?

Lagu Bling Bling Mr Singh telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 10 November 2013 iaitu kira-kira empat tahun lalu oleh pemilik akaun bernama Shobhit Gill.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu ini namun hasil carian kami, ia dinyanyikan secara duo oleh penyanyi kanak-kanak bernama Anoop Singh dan RDB di bawah label Three Records Music Entertainment.

Anda dengar, anda nilaikan sendiri.

I Am Me  nyanyian Vida yang dimuatnaik di YouTube pada 13 Julai lalu mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

 

Penyanyi Bling Bling Mr Singh, Anoop Singh.

Sebelum ini pengacara Datuk Aznil Nawawi pernah menimbulkan persoalan apabila lagu Profesor Klon nyanyiannya ciptaan Edry mempunyai persamaan dengan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Penyanyi Ayai (Ilusi) juga pernah meluahkan rasa kecil hati apabila lagu Ku Kejar Bayangmu miliknya turut sama dengan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Kita nantikan apa jawapan Edry dan Tok Vida sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*