Dedahkan Dana Invoke Dan Lori Selamatkan Malaysia Dari Sibuk Hal Orang Lain

Share This:

Di Malaysia hari ini, ramai sebenarnya yang gila dan amat suka mendengar berita fitnah. namun begitu, jika ada mana-mana pihak mempersoalkan apa yang telah dimiliki, secara pantas orang-orang berkenaan cuba menyembunyikan fakta sebenar seperti mana yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Jika kita menyebut nama Rafizi, antara perkar ayang terbayang adalah sikapnya yang amat suka menabur fitnah disamping keengganannya mendedahkan sumber dana dan kewangan syarikat yang diasaskan olehnya iaitu Invoke. Sudahlah gagal mengemukakan sumber dana Invoke, dia yang mendakwa banyak kehabisan modal, mampu pula membeli sebuah lori yang diubah suai untuk dijadikan sebagai pentas ceramah politik.

Apa yang melucukan, ketika diasak tentang sumber kewangan dan penyata kewangan Invoke yang diragui sumbernya, Rafizi lebih senang menyembunyikan segala fakta mengenai Invoke. Dia lebih berminat untuk mengulas perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengannya seperti pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung insentif tambahan buat warga Felda.

Menariknya, Rafizi yang kerap kali melaungkan intergriti dan keterbukaan nampaknya sedaya upaya menyembunyikan apa sahaja persoalan yang berbangkit mengenai Invoke. Jika tidak ada apa-apa kesalahan, kenapa dia begitu takut untuk menjawab segala persoalan mengenai Invoke dan lori yang diubah suai berkenaan?

Bukankah lebih “gentleman” sekiranya Rafizi tampil kehadapan menjawab semua persoalan yang diajukan kepadanya. Ini sudahlah takut untuk bercakap mengenai haknya, hak yang sememangnya milik warga Felda pula mahu dipersoalkan. Siapa Rafizi untuk mengulas atau melemparkan fitnah terbaru mengenai Felda.

Mungkin, dalam hal ini Rafizi perlu kembali kepangkal jalan dengan menjalankan khidmat baktinya terhadap penduduk di Parlimen Pandan dari sibuk dengan urusan orang lain. Agak pelik sebenarnya apabila Rafizi mempunyai banyak masa untuk mengadakan jelajah dengan lorinya dari memberi tumpuan terhadap segala permasalahan berbangkit di Parlimennya sendiri.

Jika kita mempunyai sedikit masa terluang, mungkin kita boleh melihat begitu banyak aduan yang dibuat oleh penduduk Parlimen Pandan terhadap Rafizi yang tidak pernah dapat diatasi sehingga hari ini. Dengan persoalan mengenai Invoke kekal tidak terjawab, pemilikan lori pun tidak dijawab, bukan satu perkara yang memelikkan jika ada penduduk di Parlimen Pandan langsung tidak pernah bertemu dengannya di Parlimennya sendiri.

Atau, mungkin sahaja Rafizi perlu memandikan lorinya dengan bunga kerana diberitakan baru-baru ini, ada seorang penyokongnya telah menemui ajal ketika bersorak terhadap ucapannya. Kata orang, jika niat pun sudah jahat, maka pengakhirannya juga jahat. Jangan lupa akan bidalan ini Rafizi

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*