DAP Parti Anak Beranak, Tidak Beri Peluang Pada Anak Muda

Share This:

Lim Kit Siang bukanlah satu nama yang asing dalam arena politik negara. Nama yang penuh dengan  pelbagai isu  yang melibatkan politik perkauman dan penuh dengan tipu muslihat beragenda.

Mungkin ramai diantara generasi baru tidak mengenali secara mendalam Kit Siang ini secara mendalam sejak  bersama Lee Kwan Yew.

Pelbagai kecaman, tohmahan dan fitnah dilemparkan ke atas pemimpin tertinggi UMNO dan juga  Barisan Nasional dalam mengharungi kemelut politik yang berteraskan kronisme yang menjadi amalan DAP.

Namun, disebalik kecaman yang dilakukan rakyat tanpa berbelah bagi terus mempercayai dasar perjuangan Barisan Nasional.

Dasar perjuangan BN yang berteraskan kepentingan bersama rakyat sejak awal penubuhannya sehingga kini tidak pernah berubah. Pemimpin demi pemimpin bertukar ganti. Namun dipihak DAP pemimpin yang sama dikekalkan sehingga setengah abad lamanya. Itu lah DAP.

Itu lah DAP yang sebenarnya  terus tidak memberikan peluang kepada kepimpinan muda untuk menjadi teraju kepimpinan DAP  dan tindakan yang diambil oleh Kit Siang ini adalah untuk memastikan misi ‘Selamatkan Malaysia’ yang diperjuangkan sejak lebih 30 tahun lalu dapat direalisasikan.

Pemimpin DAP berpegang teguh kepada prinsip politik kesetiaan  dan  kepentingan rakyat tetapi realitinya DAP  tidak pernah mengamalkan nilai-nilai tersebut. Ini adalah susulan bagaimana DAP kini sudah mengiktiraf Mahathir sebahagian dari keluarga pembangkang.

Mengelarkan  DAP sebagai parti rasis tapi sekarang DAP sanggup berpeluk dan berpegangan tangan dan  terus mengiktiraf Mahathir sebahagian dari kepimpinan Pakatan Harapan. Mahathir juga yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk meletakkan pemimpin DAP di dalam penjara tapi sekarang DAP memeluk dan menciumnya.

Pemimpin DAP sepatutnya berasa malu kerana ada segelintir anggotanya yang kini mempertikaikan tindakan tersebut.  Pertikaian keputuasan yang diambil oleh DAP  tidak dibuat  secara  keputusan bersama ahli kepimpinan parti. Hanya keputusan kepimpinan diktator  yang diketuai oleh  Kit Siang.

Di satu pihak yang lain, Lim Guan Eng benar-benar mengenepikan prinsip politik hanya seperti beliau meminta masyarakat Cina menyokong PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

DAP yang wujud sejak 51 tahun yang lalu berjuang untuk memastikan dasar kronisme  dan mengekalkan keluarga Lim berada ditampok kepimpinan DAP terus diperjuangkan.

Selama itu lah juga Kit Siang terus menerajui tampok kepimpinan DAP tanpa boleh dibenarkan pemimpin yang lain untuk mengambil tempat kepimpinan tertinggi teresbut.

Setiap ancaman  yang menjurus kepada  pertukaran kepimpinan atasan DAP sudah pastinya ada jalan  atau komplot membunuh karier politik dilakukan. Sekarang pembunuhan karier politik Lee Lam Tyle adalah satu sejarah yang tidak boleh dilupakan.

Ini adalah dasar  kronisme dengan mengekalkan dinasti Lim terus menjadikan DAP itu kepunyaan mereka dan setiap keputusan  adalah keputusan Lim Sekeluarga dan bukan keputusan kebersamaan.

DAP sanggup bekerjasama dengan sesiapa juga mahu pun musuh politik yang amat dibenci sekali pun. Tujuannya adalah sama, mempergunakan mereka ini untuk memastikan kerusi DAP tetap bertambah dan mendapat sokongan.

Menyingkap sejarah  ini, DAP mengangkat PAS, yang pernah dikritik parti itu, umpama ‘malaikat’ dalam pilihan raya umum 2013. Beliau menambah DAP yang dahulunya mengecam Dr Mahathir sebagai seorang diktator kini mengangkat bekas perdana menteri itu.

Kit Siang  dan beberapa pemimpin DAP lain berkempen kuat untuk PAS dengan menggesa pengundi Cina agar tidak melupakan sekutu mereka. Tindakan ini hanya untuk memberikan impak kepada kerusi yang dipertandingkan oleh DAP dan bukan atas dasar setiakawan kepartian.

Setelah berjaya untuk mencapai matlamatnya, PAS kini ditendang keluar dari barisan kepimpinan  DAP di Pulau Pinang. Ini lah sikap diktator yang menjadi amalan DAP sebelum dan selepas  matlamat  mereka tercapai.

Umum mengetahui pelbagai kecaman dan tuduhan berbentuk rasisme sering dilemparkan ke atas Barisan Nasional oleh pemimpin-pemimpin yang bersifat Chauvanis DAP. Dasar perkauman yang disemai didalam DAP  telah menunjukkan bahawa DAP itu adalah parti anak beranak dan bukan sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak kepentingan rakyat dan hanya parti kepentingan keluarga Lim.

Pernah satu ketika DAP mendesak agat Pemimpin MCA  meletakkan jawatan dari dalam kabinet susulan kegagalan  mempertahankan kerusi pada PRU13. Namun  perkara ini telah disanggah  oleh Presiden GERAKAN dengan menyatakan bahawa DAP  mengamalkan politik kebencian diantara kaum.

MCA. MIC , Gerakan dan lain-lain bersama UMNO/ Perikatan  seterusnya Barisan Nasional  terus menjalinkan dasar kebersamaan dengan semangat setiakawan dan bergerak sejajar dengan agenda  nasional yang lebih mementingkan kebajikan rakyat  dan bukan seperti DAP yang hanya memikirkan setiap isu adalah politik.

Hala tuju dan perjuangan Barisan Nasional  adalah  kebajikan dan hak-hak komuniti lain juga harus dijaga kerana mereka adalah rakyat Malaysia. Selagi mana kebajikan setiap rakyat dijaga dan dipenuhi tidak kira kaum, agama, gender dan warna kulit, maka isu-isu rasisme  yang menjadi amalan DAP selama ini akan  terus dijadikan modal politik  untuk memburukan usaha parti lain.

Rakyat harus mengunakan peluang untuk mengubah kepada kerajaan yang serius memperjuangkan hak mereka. Rejim DAP yang memecah belahkan rakyat seharusnya ditunjukkan jalan keluar daripada memimpin negara. Pilihan raya semakin dirasai kehangatannya. Medium tersebut harus digunakan sebaiknya untuk mengubah Malaysia supaya menjadi lebih baik tanpa DAP dan sekutunya.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*