DAP Guna Penyapu Hina Orang Melayu

Share This:

DAP sehingga kini terus menyakiti hati masyarakat Cina dan juga orang Melayu  dalam Negara ini. Semua tindakannya berhubung kait dengan kemerosotan sokongan dan berhadapan dengan masalah intergriti pemimpin mereka.

DAP sekarang sudah amat terkenal  dan  hebat  sebagai sebuah parti yang mengamalkan dasar diskriminasi perkauman yang amat dahsyat yang tidak pernah terfikirkan oleh generasi masa kini. Mereka telah menunjukkan belang mereka yang sebenarnya.

Penindasan dan kekejaman dilakukan bukan sahaja didalam sistem pentadbiran mereka , malah ianya dilakukan sehingga rompakan besar-besaran terhadap hak-hak rakyat dan menghapuskan sama sekali kepentingan rakyat untuk diperjuangkan.

DAP telah menjadikan kaum Cina sebagai sasaran untuk menimbulkan rasa kebencian terhadap kerajaan. Masyarakat Cina dihasut dengan menidakkan segala usaha kerajaan untuk kebajikan dan  keperluan rakyat.

Jika kita lihat bagaimana DAP memainkan peranan mereka didalam perhimpunan sebelum ini,  mereka menimbulkan rasa kebencian generasi muda  terhadap kerajaan. Gambar Haji Hadi dan  Perdana Menteri dipijak-pijak.

Bukan itu sahaja DAP serta penyokong mereka menggunakan penyapu untuk menyapu muka DS Najib. DAP faham dan tahu menurut amalan  masyarakat Cina jika  mereka mempunyai masalah mereka akan menggunakan penyapu untuk menghalau sial.

Tindakan ini amat menyakitkan hati masyarakat Melayu keseluruhannya. Sebenarnya DAP mahukan tindakan emosi dan extrem dikalangan masyarakat Melayu. Dengan cara ini mereka akan berjaya mengwujudkan sausana  yang mereka mahukan iaitu kononnya masyarakat Cina adalah golongan yang ditindas.

DAP secara tidak langsung telah cuba menterbalikkan dasar yang menjadi amalan  pemimpin Barisan Nasional yang mana mengamalkan dasar “Multi Racial” iaitu sebuah gabungan yang berbilang kaum. Perkara ini tidak pernah dan berani diwujudkan didalam Pakatan.

DAP lebih suka mengamalkan dasar gabungan atas perjanjian sahaja dan sewaktu PRU  mereka akan mengunakan lambang parti masing-masing untuk kepentingan parti dan bukan satu lambang yang mana  akan memberikan impak kepada DAP.

Tidak seperti Barisan Nasional yang mana gabungan kepelbagaian parti ada didalamnya yang mengunakan lambang Barisan Nasional untuk Pilihanraya. Semua komponen berhak meletakkan calon tanpa ada masalah perebutan  sebagaimana DAP didalam Paktan Harapan.

Komponen didalam Barisan Nasional faham, setiap keputusan yang diambil  mempunyai budaya, bahasa, pendekatan yang amat teratur, “ We Walk the middle ground” didalam isu-isu yang berkaitan dengan sensitiviti pelbagai kaum.

DAP melihat  perkara ini satu kekuatan dalaman Barisan Nasional yang harus dipecahkan untuk mendatangkan kekeliruan diminda rakyat. DAP terus melabelkan UMNO adalah tunggak pemutus kata pada setiap keputusan.

Sebenarnya DAP sudah ketandusan gerak kerja yang mana melihat kekuatan yang ada didalam Barisan Nasional perlu disabitkan dengan dasar perkauman  dengan memecah belahkan  parti didalam Barisan Nasional mengikut kaum.

Dengan cara ini DAP dapat mengexploitasikan setiap perkara dengan mengaitkan penindasan diantara kaum kononnya didalam Barisan Nasional. Tetapi DAP lupa bahawa setiap permasalahn yang berlaku didalam Barisan Nasional dibuat secara “consensus” Iaitu jika tiada persetujuan bersama ianya tidak akan dilaksanakan.

DAP didalam Pakatan Harapan pula mengamalkan dasar “agree to Disagree” dengan niat bukan untuk kesejahteraan rakyat akan tetapi adalah bertujuan untuk merampas kuasa dan melonjakkan kepentingan diri masing-masing.

Karenah dan tingkah laku buruk pemimpin DAP dan parti didalam Pakatan Harapan dapat dilihat apabila pengagihan kerusi pilihanraya berlaku. Mereka bergaduh sesama sendiri demi untuk mendapatkan kerusi yang dipertandingkan.

Rakyat melihat perkara ini amat jauh berbeza dengan pendekatan yang diamalkan didalam Barisan Nasional. Secara jelasnya Pakatan Harapan tidak ikhlas dalam politik seperti yang diwar-warkan sebagai parti yang akan memperjuangkan hak rakyat.

Justeru itu rakyat harus melihat sejarah pembentukan DAP sendiri, Sejarah yang dilahirkan dari PAP yang mana  telah mensasarkan  sebahagian dari Malaysia adalah  milik DAP pada PRU akan datang dan sekali gus menjadikan kerusi Parlimen DAP bertambah.

Kita jangan lupa DAP tidak akan pernah lupa agenda  mereka yang diamanahkan oleh PAP sejak tahun 1965 lagi. Mereka terus akan memperbodohkan Melayu untuk kepentingan diri mereka. Dan perkara utama yang perlu diingatkan ialah semua itu bukan untuk rakyat. Ia hanya untuk DAP dan PAP semata-mata.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*