DAP Amalkan “Politik Haiwan”, Sanggup Pergunakan Orang Mati

Share This:

Dasar-dasar “mempergunakan” dan “memperbodohkan” orang lain adalah dasar yang  selalu dimainkan oleh DAP dan dipraktikkan oleh DAP setelah faedah yang mereka cari dan harapkan tercapai.

Sejak dahulu lagi DAP sentiasa mempergunakan pihak ketiga untuk memastikan kemenangan  bagi pihak mereka. Jika kita singkap sejarah masa lalu, DAP adalah sebuah parti yang tidak mempunyai kekuatan langsung.

Tetapi apabila dan setelah beberapa kajian dilakukan mengenai sikap dan tingkah laku bangsa Melayu, DAP dapat melihat bahawa  sebahagian dari orang Melayu sanggup  melakukan apa sahaja untuk mereka asalkan diberikan sedikit imbuhan dan jawatan.

Semua ini bukan masalah bagi DAP jika ianya memberikan faedah untuk meningkatkan sokongan mereka. Ditambah pula jika ianya meningkatkan jumlah kerusi yang amat mereka harapkan.

Sejarah PAS telah dapat dibuktikan  bagaimana mereka telah menyatakan sokongan terhadap DAP dan seterusnya telah menghadiahkan Pulau Pinang dan Selangor kepada pihak DAP dan PKR. Hasilnya  PAS telah disingkirkan dari semua kepentingan.

Mengambil contoh yang lain, bekas Naib Pengerusi DAP Zulkifli Mohd Noor mendakwa DAP akan meninggalkan semua pemimpin Melayu sekiranya parti itu memperolehi kuasa.

Sikap berbohong dan memungkiri janji ini adalah sikap DAP yang pada awalnya disembunyikannya. DAP akan terus  menipu pemimpin Melayu termasuk  Tunku Aziz dan lain-lain lagi, diperalat dan dipergunakan.

Pembohongan DAP amat ketara apabila bersungguh-sungguh menyatakan perjuangan yang berlandaskan demokrasi dan ketelusan dan mahu menghapuskan amalan rasuah. Kita perlu  ingat ketika belum menjadi kerajaan mungkin perjuangannya berlandaskan demokrasi sosial.

Tetapi perlu diingatkan, apabila mereka jadi kerajaan mereka bukan lagi begitu, maka dipinggirkan kesemuanya pemimpin Melayu dalam parti dan terus melakukan penindasan serta mengamalkan dasar perkauman yang amat tebal.

Ketegasan PAS yang menutup pintu kepada DAP dan tidak akan bekerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum kelak adalah satu tindakan yang tepat dan bijak. Mungkin sebelum ini PAS terpengaruh dengan janji manis DAP dan akhirnya telah mengundang malapetaka kepada bangsa Melayu di Selangor dan Pulau Pinang.

Tindakan PAS sekarang  tidak mahu terperangkap sekali lagi dengan tipu daya DAP, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyambut salam perdamaian yang dihulurkan oleh penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

DAP dalam sejarah perjuangan politik mereka terus mencipta sesuatu gerak kerja yang  amat teliti.  Jika kita singkap sejarah 1969 dimana   Lim Kit Siang ketika menghadapi PRU 1969 mempotretkan dirinya sebagai pejuang masyarakat Cina yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’

Kit Siang yang ketika itu merupakan Setiausaha Organisasi DAP dan editor akhbar rasmi DAP- The Roket mengkritik keras MCA yang disifatkan sebagai anjing-Perikatan (sekarang Barisan Nasional).

Jadi dalam keadaan yang terdesak sekarang, tidak mustahil apa yang  berlaku pada tahun 1968/1969 akan berlaku sekarang dimana  bertujuan untuk menarik sokongan masyarakat Cina terhadap DAP semula.

Julai 1968, pada perhimpunan awam DAP di Tanjong Malim, Perak, DAP sengaja memutarbelitkan dasar Kerajaan mengenai pendidikan dengan memberitahu khalayak ramai bahawa dasar itu telah direka untuk mencapai dan menghapuskan akhbar-akhbar Cina, sekolah Cina dan bahasa Cina.

Keadaan itu telah dibuat oleh DAP dengan niat yang sengaja untuk mewujudkan syak wasangka dan permusuhan antara kaum Cina dan Melayu di negara ini pada ketika itu.

 ‘Pahlawan Merah’ (Lim Soon Seng) pada 9 Mei 1969, sehari sebelum hari mengundi mengadakan perarakan yang menyemarakkan sentimen kebencian di kalangan pengundi-pengundi Cina. Begitu juga Tan Beng Hock dan juga Kugan yang digunakan untuk faedah DAP.

Dengan kemelut dalaman DAP serta penipuan CEC dan arahan mengadakan pemilihan semula, tidak mustahil DAP akan memainkan propaganda yang lebih hebat lagi untuk melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang ditindas oeh  kerajaan.

Oleh itu masyarakat terutama dikalangan orang Melayu harus sedar bahawa DAP bukan sebuah parti yang baik untuk disokong dan  bukan sebuah parti yang mengamalkan dasar keharmonian  hidup berbilang kaum .

Malah DAP adalah sebuah parti yang akan memusnahkan apa sahaja yang menghalang tindakan mereka. Undang-undang bagi mereka adalah terpakai apabila mereka mempunyai faedah daripadanya, DAP sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa menggunakan orang mati.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*