Cemar Nama JPJ, Dua Pegawai Kanan Ditukar Kerja

Share This:

Selepas didakwa mencemar nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dua pegawai kanan JPJ ditukar kerja ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Memetik laporan Harian Metro, timbalan ketua pengarah operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Datuk V Valluvan Veloo, pegawai tadbir dan diplomati ditukar ke JPA berkuatkuasa kelmarin.

Sumber berkata bertukaran itu disebabkan Yusoff didakwa mencemar nama JPJ dengan menggunakan lorong kecemasan, gagal hadir dan menghantar wakil ke mahkamah.

Valluvan pula dipercayai berkaitan pembabitan tiga anggotan Pasukan Tindakan Khas (PTK) yang didakwa menceroboh pejabat ketua pengarah JPJ.

“Dalam surat pertukaran itu, dinyatakan akibat tohmahan ke atas PTK, Valluvan yang bertanggungjawab dengan penubuhan pasukan elit itu selain bertanggungjawab penuh kepada aktiviti mereka ditukarkan ke JPA buat sementara waktu,” kata sumber.

Di samping itu, sumber turut berkata pertukaran itu mengeruhkan lagi kemelut dalam JPJ.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*