Baru Seminggu, Stesen MRT Dah Diancam Vandalisme

Share This:

Baru sahaja seminggu beroperasi sepenuhnya, Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh – Kajang sudah diancam perlakuan vandalisme.

 
Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang  adalah antara yang menjadi mangsa perlakuan keji ini dengan puntung rokok dibuang merta-rata terutamanya di kawasan luar stesen.
 

Sampah merata-rata, Foto: Astro Awani
Astro Awani melaporkan, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan serta mencalarkan tempat duduk di kawasan platform.
 
Tempat duduk terpaksa dikeluarkan sementara bagi kerja membaiki akibat ditoreh ‘tangan nakal.’
 

Foto: Astro Awani
Penyelenggara di Stesen MRT Bukit Bintang, Md Rasal, berkata, “Saya pernah nampak beberapa orang membuang sampah, kayu dan bermacam-macam lagi.
 
“Saya tak boleh tegur mereka, kerana mereka orang Malaysia, saya orang luar. Apa yang boleh saya buat hanyalah mengambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan.”
 

Foto: Astro Awani
Sementara itu, binaan dinding yang unik membawa mesej Rukunegara di Stesen MRT Merdeka turut diancam apabila ada kanak-kanak yang memanjat dinding tersebut seperti ‘wall climbing’.
 
Bukan itu sahaja, kepala paip di tandas MRT juga sudah banyak yang tercabut.
 
Foto: Astro Awani
Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, meluahkan rasa kecewanya kerana ia menunjukkan seolah-olah rakyat Malaysia belum bersedia untuk menerima pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*