Azharina Sudah Ada Teman Baru, Duda Jadi Pilihan

Share This:

Lama bergelar solo, penyanyi Azharina Azhar kini mengakui dia sedang berkawan dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda.

Memetik laporan Mstar Online, Azharina yang mesra disapa Nina berkata dia berasa selesa dengan lelaki dan hubungan tersebut kerana sikapnya yang matang, selain begitu baik dengan anak lelaki Nina sendiri.

“Setakat ini hanya dia seorang yang berani dekat (ketawa). Kami berkenalan di sebuah majlis yang memerlukan saya menyanyi di situ dan sejak itu kami berkawan.

“Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya berkongsi lanjut mengenai hubungan ini kerana belum berputik perasaan cinta. Cukup saya katakan kami berkawan sahaja,” katanya.

Pun begitu, Nina berkata ayahnya belum diberitahu mengenai perkara itu sehingga hari ini kerana tidak mahu berkongsi sesuatu yang belum pasti, ditambah perasaan trauma dengan perceraian dahulu.

“Apa-apa pun saya ada syarat untuk menerima kehadiran seseorang lelaki di dalam hidup saya di mana dia haruslah lebih berusia daripada saya.

“Ini kerana saya seorang yang matang dan perlukan individu yang lebih matang untuk membimbing saya. Kalau boleh biar berusia 45 tahun ke atas,” katanya lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*