10 Peserta Layak Ke Peringkat Separuh Akhir PABM 2017

Share This:

Seramai 10 orang peserta layak ke peringkat separuh akhir pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 yang sudah bermula semalam.

Mereka yang layak terpilih daripada 20 orang peserta peringkat suku akhir. Peringkat separuh akhir akan berlangsung esok.

Peserta yang layak ke separuh akhir daripada kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Slamy Res dari Kemboja (UKM), Abdul Rahman Khaled Hassan Saeed dari Yemen (UTP), Mohamed Hadad dari United Kingdom (UniMAP) dan dua pelajar dari UIAM iaitu Hassan Radwan (Palestin) dan Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan).

Bagi kategori antarabangsa pula, peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya ialah Nabiya Zarbali (Azerbaijan), Lisa Shimazaki (Jepun), Seok Da-Hye (Korea Selatan), Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan).

Keseluruhannya, seramai 52 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2017 yang memasuki edisi ke-11 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.

PABM 2017 bermula dengan persaingan pusingan awal, saingan suku akhir pada Isnin dan diikuti separuh akhir pada Selasa manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Rabu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, lima peserta kategori Alam Melayu dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura berjaya ke peringkat separuh akhir.

PABM 2017 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM).

Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Peranan Siswa,Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan Gender. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*