Ribuan Penonton Serbu Konsert Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia

Share This:

MEMANG meriah hari kedua sambutan Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia apabila ribuan penonton serbu acara Konsert Ekspresi Negaraku yang dipersembahkan oleh artis-artis kelahiran FELDA dan selebriti tanah air. Antaranya Mawi, Rahmat Mega, Que Haidar, Jalil Hamid dan beberapa artis lain lagi.

Sambutan ramai pengunjung sejak jam 8 malam semalam memenuhi ruang perkarangan pentas utama untuk melihat sendiri persembahan dari artis-artis kesayangan mereka. Pengunjung kanak-kanak kelihatan sungguh riang apabila dapat melihat sendiri persembahan dari Geng Upin Ipin secara lebih dekat.

Persembahan pembukaan oleh belia FELDA dari Wilayah Kota Setar dengan persembahan tarian zapin. Diikuti nyanyian persembahan oleh band kumpulan Delalia dengan menyampaikan tiga buah lagu.

Pengunjung pada malam ini tidak berganjak, malah semakin bertambah ramai kerana menantikan persembahan dari artis-artis popular dan yang sedang meningkat naik.

Masih terdapat banyak lagi acara menarik sepanjang berlangsungnya Ekspresi Negaraku FELDA Malaysia di Presint 3, Putrajaya. Orang ramai masih berpeluang sehari lagi esok untuk mengunjungi gerai-gerai dan melihat pelbagai acara secara dekat.

Comments

comments

One thought on “Ribuan Penonton Serbu Konsert Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*